Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Ahad, 30 Jun 2013

Jom Berwakaf dengan Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum para pengunjung semua...

Seperti yang admin dah maklumkan sebelum ini, selain menerima sumbangan umum dan bahan binaan, membuat jualan amal, menjual album qasidah, Pertubuhan juga membuat jualan wakaf bagi pembangunan dan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Buat masa ini semua wakaf yang diterima dikumpulkan bagi pembinaan Surau/Zawiyah Ar-Raudhah. Setelah siap nanti barulah wakaf akan disalurkan kepada Rumah Tetamu, seterusnya Pondok Warga Emas dan Rumah Kedai & Homestay.

Buat masa ini, sementara menunggu urusan pewakafan tanah selesai, usaha menambah dana bagi melancarkan pembinaan Surau/Zawiyah sedang giat dilakukan. Sehubungan dengan itu, kepada muslimin/muslimat yang berhajat untuk berwakaf bolehlah menghubungi individu berkaitan seperti yang terdapat di sebelah tepi blog ini. Kepada yang berwakaf, anda akan dibekalkan dengan sijil dan resit rasmi daripada Pertubuhan. 

Alhamdulillah, setakat ini 444 bahagian wakaf yang bernilai RM100 setiap satu telahpun dijual. Pihak Pertubuhan berharap jumlah tersebut akan bertambah sebaik sahaja kerja-kerja pembinaan bermula. Bagi yang telah berwakaf, jazakumullahu khairal jaza' diucapkan. Bagi yang masih belum berkesempatan, wakaf anda amat dialu2kan.

Semoga usaha dan sumbangan kita semua diterima oleh Allah.

Wassalam

SyababurRaudhah, Raudhatul Hasani Jr....




Assalamualaikum pengunjung semua...

Tak dinafikan, blog ini telah lama tidak dikemaskini. Meskipun begitu, perkembangan terkini Pondok Ar-Raudhah tetap admin laporkan di FB Pondok Ar-Raudhah.

Buat pengetahuan semua, meskipun pembangunan fizikal terhenti buat sementara di tapak pondok, usaha penjanaan dana meliputi jualan wakaf, jualan album dan jualan barangan berjalan seperti biasa. Van Pertubuhan bergerak di setiap lokasi Mudir berceramah menyebar informasi tentang kewujudan dan perkembangan terbaru Pondok Ar-Raudhah. Terbaru, SyaburRaudhah dilahirkan khas untuk tujuan tersebut.

SyababurRaudhah terdiri daripada ahli kumpulan nasyid Al-Mumtaz SK Tunku Muda Serting. Semua mereka berada dalam tahun 6. Pada awalnya, latihan hanya dilakukan untuk memenuhi undangan seorang guru SKTMS di majlis perkahwinan adiknya. Setelah persembahan, admin berbincang dengan Al-Mumtaz berkenaan niat melahirkan SyababurRaudhah dan usaha berkaitan Pondok Ar-Raudhah. Alhamdulillah, semuanya bersetuju. Insya Allah, kumpulan ini bersedia untuk membuat persembahan di tempat anda. Begitupun, ia bergantung kepada komitmen ahli2 SyababurRaudhah. Masing2 sedikit sebanyak terikat dengan kelas tambahan memandangkan semuanya akan menghadapi UPSR tahun ini.

Disamping itu, Mudir selaku tuan tanah Pondok Ar-Raudhah ingin dibangunkan telahpun bersetuju untuk mewakafkan tanah tersebut kepada MAINS bagi memudahkan urusan pembinaan dan pembangunan Pondok Ar-Raudhah. Ini kerana, pembangunan tanpa mewakafkan tanah tersebut amar sukar dilakukan. Ia melibatkan kos kewangan yang besar, turut menjadi masalah apabila pihak berkuasa agak 'berkira' dalam meluluskan pembangunan pondok ini. Minggu lepas, beliau telah pergi ke Pejabat Daerah Jempol, mengisi, menandatangan dan menyerahkan borang penyerahan tanah tersebut kepada MAINS. Kini, terpulang kepada pihak Pejabat Daerah Jempol dan MAINS untuk menguruskan proses serahan tersebut.

Pihak Pertubuhan juga sedang giat mempromosikan Mudir Pondok Ar-Raudhah. Beliau kini bersedia menerima jemputan ceramah di seluruh negara, bergantung kepada kelapangan beliau. Beliau akan diiringi oleh van Pertubuhan bagi tujuan jualan amal dan promosi Pondok Ar-Raudhah.

Sama2 kita doakan proses pewakafan tanah pondok berjalan lancar. Untuk undangan ceramah Mudir pondok, sila hubungi Tn. Hj. Nasir di talian 013-6227671.

Wallahu a'lam, wassalam.

Khamis, 16 Mei 2013

Program Sentuhan Jiwa Rakyat & Pelancaran Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah


Keratan Akhbar Sinar Harian 15.05.2013

Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian...

Sebetulnya, admin sudah agak lama tak berkesempatan memuatkan entri baru di blog ini. Mujur artikel Sinar Harian keluarkan artikel berkenaan program pelancaran tersebut. Dalam tak sempat admin curi juga sedikit masa bagi menyiapkan entri baru ini.

Sedikit berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Setakat ini, pejabat Pertubuhan telahpun siap sepenuhnya. Menara tangki air pula buat masa ini berperanan sebagai ruang pengiklanan pondok. Seketika usaha pembinaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana masalah teknikal. Selain itu juga, pihak Pertubuhan sedang dalam usaha bersama Mudir selaku tuan tanah untuk mewakafkan tanah kepada MAINS. Ini kerana memandangkan usaha pembangunan lebih mudah sekiranya tanah tersebut diwakafkan terlebih dahulu.

Seperti yang telah ana maklumkan dalam entri sebelum ini, program Sentuhan Jiwa Rakyat & Pelancaran Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah ini diadakan pada 28.04.2013 yang lalu. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan NS, Pejabat Daerah Jempol dan Jabatan Belia & Sukan Daerah Jempol.

Program dimulakan dengan bacaan Wirid Al-Hasani, diikuti dengan ucapan Mudir Pondok Ar-Raudhah. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Jabatan Penerangan NS dan kemuncaknya ialah ucapan dan pelancaran album oleh Pegawai Daerah Jempol. 

Majlis disusuli dengan persembahan qasidah daripada kumpulan Raudhatul Hasani, Solat Asar berjamaah dan diakhiri dengan jamuan.

Ucapan Mudir, Tn. Hj. Md Nasir b. Hj. Othman

Ucapan Pengarah Jab. Penerangan NS, Tn. Hj. Hashim b. Hj. Bedu

Ucapan & Pelancaran album oleh Pegawai Daerah Jempol

Gimik pelancaran album

Persembahan 'live' dari Raudhatul Hasani

Penyampaian cenderahati

Jumaat, 19 April 2013

Raudhatul Hasani: Pelancaran Abum 280413



Assalamualaikum...

Malam tadi, admin sempat bersama Mudir ke Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Paroi bagi menyaksikan kumpulan qasidah Pondok Ar-Raudhah RAUDHATUL HASANI membuat persembahan. Beberapa slot diberikan kepada kumpulan ini sepanjang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat NS berlangsung bermula hari Rabu hingga majlis penutupnya malam ini. 

Kebetulan, album kumpulan ini telahpun siap. Meskipun majlis pelancaran dijadualkan pada 28.4.2013 minggu depan, ia telahpun mula dijual. Boleh dapatkan album tersebut di kaunter jualan di lokasi pertandingan di PDI, Paroi. 

Majlis pelancaran nanti akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan NS dan Pejabat Daerah Jempol, bertempat di Tapak Pondok Ar-Raudhah, bermula jam 3.00 petang. Tuan Pagawai Daerah Jempol diberi penghormatan untuk melancarkan album bersebut. 

Para penyumbang semua turut dijemput menghadiri majlis tersebut. Teruskan menyumbang.

Wassalam.







Terkini Pondok Ar-Raudhah: Pejabat Pertubuhan


Assalamualaikum...

Maaf jua dipinta kerana agak lama blog ini tidak dihiasi dengan entri dan berita terbaru berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Admin sendiri agak sibuk hinggakan buka FB pun tak sempat. Apapun, di entri kali ini admin masukkan gambar perkembangan terkini Pondok Ar-Raudhah.

Teruskan menyumbang...










Jumaat, 5 April 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah: April 2013



Assalamualaikum...

Sebetulnya gambar2 yang admin masukkan dalam entri ini  telahpun admin uploadkan dalam FB Pondok Ar-Raudhah. Begitupun, blog ini juga perlu diupdate dari masa ke semasa.

Terbaru, pembinaan struktur tangki air terpaksa dihentikan atas arahan Pejabat Daerah Jempol. Sebaik menerima arahan tersebut, Pengerusi bersama Mudir, Timb. Setiausaha dan pelukis pelan telah menemui pegawai berkaitan di pejabatnya bagi membincangkan berkanaan arahan larangan tersebut dan langkah2 yang boleh diambil bagi memenuhi syarat pihak Pejabat Daerah Jempol bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Perbincangan dilakukan dalam suasana harmoni. Setelah berbincang, pegawai Pejabat Daerah Jempol meminta pihak pertubuhan untuk mengesahkan pelan yang telah disediakan oleh pihak pertubuhan. Insya Allah, urusan tersebut akan diuruskan oleh pelukis pelan Pertubuhan, En. Shamsul di Seremban, Isnin nanti.

Esok, Sabtu (6.4.2013), admin akan bersama mengiringi Mudir ke Shah Alam. Mudir akan bersama Sheikh Rohimuddin Al-Bintani dalam satu program ceramah di Masjid Ubudiyah, Seksyen 19. Turut menyertai kami Ustaz Yunus, Timb. Pengerusi Pertubuhan. Insya Allah, kami berhajat untuk membuka tabung sumbangan sambil membuka jualan amal bagi menambah dana pembangunan Pondok Ar-Raudhah.

Keesokan harinya, Ahad (7.4.2013) bertempat di Tapak Pondok Ar-Raudhah pula akan diadakan Program Santapan Rohani bersama Sheikh Rohimuddin. Program akan bermula jam 3.00 petang dan berakhir dengan jamuan ringan selepas Solat Asar. Anda semua dijemput hadir. Seperti biasa, jualan amal dan tabung akan dibuka. 

Insya Allah, program seumpama ini akan diteruskan secara berkala meskipun bangunan di tapak Pondok Ar-Raudhah masuh belum siap, menggambarkan kesungguhan Pertubuhan memartabatkan majlis ilmu buat masyarakat setempat mengambil manfaat daripada kewujudannya. Selain itu, Pertubuhan juga amat serius dalam mengembalikan semula Jempol kepada fungsi asalnya satu masa dulu. Ketika itu ramai ulama dilahirkan dan pusat pengajian juga terdapat di sini. Keadaan itu dicatat pada arca yang terdapat di tepi sungai di mana Sungai Muar dan Sungai Jempol bertemu. Justeru, sumbangan berterusan daripada anda semua amat2 diperlukan bagi menjayakan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. 

Sekian buat waktu ini. 

Wassalam.




Jumaat, 29 Mac 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum semua...

Gambar di atas admin ambil petang tadi. TNB sudah pun sambungkan wayar elektrik dari tiang elektrik ke suis utama di bangunan asas Pondok Ar-Raudhah. Dalam masa terdekat, meter akan dipasang dan elektrik akan mula boleh digunakan.

Disamping itu, menara tangki air di bahagian hadapan tapak pondok telah mula ditegakkan. Insya Allah, menara setinggi 20 kaki bakal dibina bagi membekalkan air kepada seluruh bangunan di Pondok Ar-Raudhah nanti. Buat masa ini, kerja2 pembinaan masih menggunakan air dan elektrik daripada rumah Hj. Zulkifli, jiran pondok. 

Siap menara dan tangki, kerja2 pembinaan zawiyah akan mula berjalan. Justeru, sumbangan daripada antum masih sangat2 diperlukan. Buat yang telah menderma, jazakumullah khairal jaza' diucapkan. Moga Allah berkati rezeki anda.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.

 Tapak menara tangki sedang dalam pembinaan

Tiang 10 kaki pertama

Arah berbeza