Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian...
Segala puji hanya untuk Allah Taala, Penguasa Seluruh Alam. Selawat dan salam dipanjatkan buat Rasul Junjungan, ahli keluarga, sahabat2 dan penerus perjuangan di atas jalan Baginda hingga hari Kiamat.
Buat masa ini, admin kembali berada di Kelantan. Sebarang maklumat dan perkembangan terbaru hanya admin dapati daripada AJK2 yang berada di Bahau. Terkini, musim hujan menyelubungi bumi Bahau. Pastinya rahmat Allah dilimpahkan buat bumi ini, yang bakal menyaksikan sebuah pusat pengajian ilmu akan didirikan buat manfaat masyarakat setempat khasnya dan seluruh alam amnya.
Malam tadi, admin dihubungi olah Penasihat, Tn. Hj. Nasir. Beliau meminta admin menyenaraikan AJK Induk di dalam blog ini. Ia betujuan agar orang ramai lebih mengenali insan2 yang berusaha merealisasikan usaha ini. Ia juga diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai untuk terus menyumbang tanpa rasa ragu. Diharapkan juga, insan2 ini akan dijadikan rujukan jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan yang ingin diajukan.
Alhamdulillah, kerjanya tidaklah sesukar mana. Dengan izin Allah, disamping mengemaskini blog dengan memasukkan AJK Induk, admin juga berkesempatan masukkan letterhead dan logo pertubuhan. Letterhead tersebut admin tempah dengan seorang sahabat yang juga khattat di Pulau Pinang manakala logo pula ditempah dengan seorang sahabat lain, seorang khattat di Melaka.
Senarai AJK Induk, letterhead dan logo boleh dilihat di bahagian atas blog ini. Moga ada manfaatnya buat semua.
Sepertimana yang admin sebutkan, kami kini sedang mencari dana dan sumbangan untuk mengupah juru ukur bertauliah untuk mengukur tanah. Selesai mengukur tanah, kerja2 melevel/meratakan tanah akan berjalan. Ia juga memerlukan sumbang kewangan yang bukan sedikit. Admin sudahpun meletakkan jumlah (RM) yang diperlukan di sebelah tepi blog ini.
Admin merayu kepada pengunjung2 semua agar memperuntukkan sedikit daripada bonus kurniaan Allah kepada pembangunan Pondok Ar-Raudhah ini. Moga2 dengan usaha itu, Allah Taala akan murahkan rezeki anda semua. Moga sumbangan anada semua juga akan Allah kurniakan dengan pahala jariah yang berpanjangan di Akhirat kelak.
Sekian buat waktu ini. Wallahu a'lam.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan