Assalamualaikum muslimin muslimat semua...
Ketika post ini ditulis, admin berada di Jelebu (kampung admin). Semalam, admin bekesempatan menjenguk tapak pondok lebih kurang jan 3 petang. Kelihatan eskavator tak bergerak, pemandunya juga tiada di situ. Sambil tengok2 tapak, admin telefon Abg Jo yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran kerja2 membersihkan dan melevel tanah pondok. "Rantai eskavator tu tercabut la ustaz, tak boleh berjalan", kata Abg Jo kepada admin. Allah... lagi dugaan Allah buat kami merealisasikan hasrat pembinaan pondok ini.
Abg Jo pada ana, sangat komited untuk melihat pembinaan pondok ini menjadi kenyataan. Bila berlaku masalah, beliaulah orang yang ke sana ke mari, telefon sana, telefon sini, kontek orang sana, kontek orang sini untuk menyelesaikan masalah. Kadang2 telefon admin mengadu masalah, sampai pening2 kepala mencari penyelesaian. Moga pengorbanan beliau Allah gantikan dengan ganjaran yang setimpal.
"Habis tu, macam mana ni", tanya admin. Beliau yang kebetulan berada berdekatan mengajak ana ke tapak pondok. Bersama beliau seorang lelaki berbangsa Cina. "Member se ni, mintak tolong kek diolah", katanya. Setelah diperiksa, lelaki berbangsa Cina itu menghubungi rakannya. Katanya, rakannya itu juga mengendalikan eskavator seperti ini dan tahu membaiki kerosakan tersebut.
Admin tak dapat menunggu lama, terus berjumpa dengan Abg Jo mintak izin untuk pulang. Lagipun, mak, adik n wan admin dah menunggu di rumah untuk pulang ke Jelebu setelah singgah untuk solat dan berehat. Admin pula ambil kesempatan untuk ke sekolah potong acrylic sheet untuk tempahan seorang rakan dan menjenguk tapak pondok.
Pagi ini, admin hubungi semula Abg Jo. Menurut beliau, masalah rantai eskavator semalam terlahpun selesai. Eskavator kembali berfungsi dan meneruskan kerja pagi ini. Timbul pula masalah baru, minyak hidraulik bocor pula. Setelah meminta pandangan En. Zainal (owner eskavator), katanya itu masalah kecil. Hany perlu ketatkan dan isi minyak dari masa ke semasa.
Satu lagi, bateri baru juga perlu dibeli. Ini kerana eskavator tersebut menggunakan 2 buah bateri besar yang setiap satunya berharga RM300+. Satu daripadanya telah dibeli oleh En. Zainal. Abg. Jo bercadang untuk beli sebuah lagi bateri daripada hasil sumbangan orang ramai. Lagipun, En. Zainal beritahu beliau akan ganti semula harga bateri tu nanti.
Allahu Akbar! Meskipun banyak cabaran dan dugaan sepanjang menguruskan pembinaan pondok ini, ramai juga insan yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu tak kira bangsa, tak kira agama. Justeru, bantuan dan sumbangan anda juga amat2 kami harapkan.
Sekian untuk kali ini. Moga bersua di entri yang akan datang. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Teruskan menyumbang.
Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan