Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Selasa, 30 September 2014

Ceramah Terbaru: Ibadah Qurban Satu Penjelasan


Assalamualaikum semua.

Admin doakan antum semua diberkati dan diperlihara oleh Allah sepanjang masa.

Alhamdulillah, pada 29.9.2014 (Isnin), Ceramah Bulanan pertama dalam Siri Ceramah Bulanan sepanjang bulan September - Disember anjuran Pondok Ar-Raudhah dengan kerjasama Masjid Jamek Bahau dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Hj. Kamil b. Hj. Sidek (CCUK). Ceramah yang membicarakan berkenaan Ibadah Qurban pada malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Insya Allah, menyusul pada bulan Oktober nanti ceramah oleh Ustaz Engku Fazil b. Engku Ali yang akan membicarakan tentang topik Mengamalkan Islam: Antara Bersungguh & Gopoh pada 14.10.2014 (Selasa). Pihak Pertubuhan mengajak semua pihak untuk hadir pada malam tersebut agar kita sama2 mendapat manfaat daripada majlis ilmu tersebut. Jangan lupa sebarkan dan jemput juga kenalan di group2 WhatsApp, Telegram mahupun kenalan di FB. Sama2 kita imarahkan majlis Ilmu di Masjid Jamek Bahau nanti.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.




Majlis Ilmu Terbaru 2014



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian.

Admin doakan kalian semua diberkati dan dilindungi Allah setiap masa.

Tidak jamu2 admin mohon maaf setiap kali blog ini dikemaskini, lantaran agak jarang admin berbuat demikian. Walaubagaimanapun, proses dan usaha pembangunan Pondok Ar-Raudhah tetap berjalan mengikut perancangan.

Untuk makluman pengunjung semua, dalam pertemuan terakhir antara AJK Pertubuhan dengan Majlis Daerah Jempol di Pejabat MDJ beberapa bulan lepas, pihak MDJ memaklumkan mereka tidak ada apa2 halangan lagi untuk memberikan kebenaran mendirikan bangunan di tapak pondok, hanya menunggu kelulusan terakhir daripada pihak TNB sahaja. Sebaik sahaja urusan kelulusan dengan TNB selesai, insya Allah kebenaran mendirikan bangunan akan diberikan oleh pihak MDJ. Sama2 kita doakan proses tersebut berakhir dengan segera.

Berbalik kepada Majlis Ilmu yang kembali dianjurkan oleh Pondok Ar-Raudhah setelah sekian lama menyepi. Insya Allah, Ceramah Bulanan bermula bulan September akan dimulakan kembali hingga hujung tahun. Bermula dengan ceramah oleh Ustas Hj. Kamil b. Hj. Sidek pada 29.9.2014, ceramah oleh Ustaz Engku Fadzil b. Engku Ali pada 14.10.14 dan ceramah oleh Ustaz Mohd. Hazri b. Hashim Al-Bindany pada 29.11.2014. Selain itu, ceramah oleh Sheikh Muhammad Awadh Al-Manqush dan Ustazah Nurhafizah Musa juga akan turut dibawakan kepada pengunjung semua.

Semoga tradisi Majlis Ilmu akan semakin bersemarak di bumi Jempol yang kita cintai ini.

Sekian dahulu buat kali ini. Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Ahad, 4 Mei 2014

Perkembangan Terbaru Pondok Ar-Raudhah


Assalamualaikum semua...

Entri ini akan membicarakan khusus berkenaan perkembangan terbaru Pondok Ar-Raudhah. Dari segi fizikal, tembok dan parit belakang serta longkang di sebelah tepi tapak telahpun berjaya disiapkan. Ini dilakukan bagi mengelakkan tanah yang ditambak di bahagian belakang runtuh dan dibawa air setiap kali hujan lebat. 

Baru2 ini juga, Pertubuhan dimaklumkan oleh Jurutera Perunding yang dilantik bahawa pelan pondok telah diluluskan oleh semua pihak berkuasa. Meskipun pihak Jabatan Parit dan Saliran agak lewat meluluskannya, ia diluluskan juga akhirnya. Selepas pelan diluluskan, surat sokongan daripada Baitulmal diperlukan. Setelah sokongan Baitulmal diperolehi, Pertubuhan diarahkan oleh Pejabat Daerah Jempol untuk membayar RM1500 bagi urusan kebenaran membina. Alhamdulillah, cek telahpun dikeluarkan.

Terbaru, pihak JKR Jempol telah menghantar surat kepada jurutera perunding dan mengarahkan Pertubuhan agar melakukan beberapa perkara. Agak mengecewakan apabila arahan tersebut dikeluarkan tanpa berunding mahupun bertanya terlebih dahulu kepada pihak Pertubuhan. Berikut admin lampirkan surat yang dihantar kepada jurutera perunding:



Pihak Pertubuhan amat2 faham kehendak pihak JKR Jempol. Malangnya pihak JKR Jempol hanya mengarahkan Pertubuhan melakukan perkara tersebut tanpa bertanya sendiri dengan AJK Pertubuhan berkenaan sebab keadaan tersebut berlaku.

Pihak Pertubuhan akan membalas surat tersebut dalam masa terdekat dengan mengemukakan beberapa perkara, antaranya:

1. Berkenaan pembinaan parit. Selama ini pihak berkuasa tidak pernah membina parit di tepi jalan tersebut. Admin bertanyakan penduduk berdekatan tapak pondok samada longkang pernah dibina oleh pihak berkuasa. Jawab mereka tidak pernah sama sekali. Apakah ia menjadi tanggungjawab pihak Pertubuhan untuk membina parit tersebut?

2. Berkenaan tanah di tepi jalan. Untuk makluman, lebihan tanah di tepi jalan tersebut bermula apabila pihak SAINS memasang pembetung di bahagian hadapan tapak pondok. Tindakan Pertubuhan meratakan bahagian hadapan dan menambak bahagian belakang sebenarnya mengurangkan akibat daripada kerja2 SAINS tersebut. Jika tidak, lebih banyak tanah akan turun ke tepi jalan. Begitu juga dengan arahan membentuk cerun dan menanam rumput di sempadan jalan JKR. Tanpa kerja2 oleh pihak SAINS, keadaan tersebut tidak akan berlaku. Pembinaan 'Cattle Trap Drains' (CTD) juga tidak relevan kerana kawasan rendah yang bersempadan dengan jalan JKR bukanlah tapak pondok. Jika longkang tidak pernah dibina oleh pihak berkuasa, bagaimana CTD mahu disediakan oleh Pertubuhan?

Jadi, arahan yang diberikan oleh pihak JKR Jempol sebenarnya kepada pihak yang salah. Pihak yang menyentuh atau membuat kerja2 di bahagian hadapan tapak pondok itulah yang sepatutnya bertanggungjawab iaitu pihak SAINS. 

Admin mewakili JK Pertubuhan memohon agar arahan ini dipertimbangkan oleh pihak JKR Jempol. Ini kerana sumbangan2 dan wakaf yang diterima oleh Pertubuhan sebahagian besarnya diniatkan untuk membina surau dan pondok. Kos membina tembok, parit dan longkang sahaja sudah mencecah hampir RM30,000.00. Jika Pertubuhan dibebankan untuk membina perkara2 lain sudah pastilah keadaan ini di luar kemampuan Pertubuhan.

Sebahagian besar penyumbang juga berasa amat kecewa dengan kelewatan pembinaan bangunan di Pondok Ar-Raudhah. Seharusnya, usaha2 kebajikan tanpa bermotifkan keuntungan seperti ini dipermudahkan oleh pihak berkuasa. Walaubagaimanapun, setelah berbincang dengan Pengerusi dan AJK tertinggi, kami mengambil pendekatan bersabar dan mengikut prosedur bagi mengelak keadaan yang lebih merumitkan di masa akan datang. Moga ada hikmah dan manfaatnya buat semua.

Sekian buat pengetahuan semua. Hingga bertemu lagi di entri2 yang akan datang.

Wassalam.

Wakil PERKEBAR (Pondok Ar-Raudhah) ke Seminat Tasawwuf anjuran Jabatan Mufti NS



Assalamualaikum warahmatullah... pengunjung dan penyumbang semua...

Admin doakan antum semua dilindungi dan dipelihara oleh Allah sentiasa. Juga dimurahkan rezeki agar mudah nak berwakaf dan menyumbang kepada Pondok Ar-Raudhah. Amiiin...

Baru2 ini beberapa orang wakil Pondok Ar-Raudhah telah berkesempatan menghadiri Seminar Tasawwuf yang setiap tahun dianjurkan oleh Jabatan Mufti NS. Rombongan telah diketuai oleh Mudir Pondok Ar-Raudhah sendiri, Tn. Hj. Md Nasir b. Othman. Turut bersama2 dengan Mudir ialah N. Pengerusi Pertubuhan, En. Mohd. Yunus dan 2 orang yang lain. 

Sebagai sebuah pertubuhan yang bergerak di bawah aliran tasawwuf, seminar seperti ini amat sukar dilepaskan. Seminar ini turut dihadiri oleh beberapa orang tokoh tarekat di NS antaranya mantan Mufti NS, Sheikh Murtadha. Setiausaha Majlis Agama Islam NS, Tn. Hj. Kamal Amran turut hadir.

Admin sertakan juga beberapa keping gambar lain untuk tatapan antum semua.

Wallahu a'lam. Wassalam.

2 orang AJK pondok yang berkesempatan hadir

Antara tajuk kertas kerja yang dibentang di seminar tersebut

Bersama mantan Mufti NS

Mudir bersama Setiausaha Majlis Agama Islam NS

Rabu, 12 Mac 2014

Terkini Pondok Ar-Raudhah: Tapak siap dilevel, Tembok dalam pembinaan


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Jutaan kemaafan daripada admin lantaran kurangnya kekerapan admin mengemaskini blog rasmi Pertubuhan (Pondok ar-Raudhah) ini. Walaubagaimanapun, admin cuba dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat terbaru samada melalui FB mahupun WhatsApp group Pondok Ar-Raudhah.

Berkaitan permohonan daripada Pertubuhan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ). Pada 28.02.14 (Jumaat), beberapa orang AJK dipanggil oleh Majlis Daerah Jempol untuk berbincang dan diberikan maklumbalas berkaitan perkembangan permohonan dan perkara lain yang berkaitan. Pertubuhan diwakili oleh Penasihat 1, Mudir, arkitek lantikan dan beberapa orang AJK lain manakala MDJ membariskan Setiausaha MDJ dan Ketua2 Unit di MDJ. 

Antara perkara yang disentuh ialah tindakan Pertubuhan meratakan tanah di bahagian hadapan tapak pondok. Menurut MDJ tindakan tersebut adalah tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, wakil Pertubuhan memberi respon bahawa pihak Pertubuhan tertekan dengan soalan daripada orang ramai berkenaan status pembinaan pondok. Tambahan pula, tapak pondok telah mula ditumbuhi semak samun.

Perkara lain yang disentuh ialah berkenaan kelewatan pihak MDJ memberi kebenaran membina bangunan kepada pihak Pertubuhan. Pihak MDJ menjelaskan kelewatan tersebut disebabkan pihak JPS yang masih belum mengesahkan pelan yang disediakan oleh jurutera lantikan Pertubuhan. 

Berkenaan perkembangan terkini Pondok ar-Raudhah. Meskipun pihak MDJ melarang pihak Pertubuhan melakukan apa2 aktiviti di tapak pondok, kerja2 meratakan tanah sebenarnya telahpun selesai. Tanah yang agak tinggi di bahagian hadapan telah dipotong dan dibawa ke bahagian belakang untuk ditambak bagi meninggikannya. Terkini, setelah tapak siap diratakan, pihak Pertubuhan sedang dalam usaha untuk membina tembok bagi menahan bahagian belakang daripada runtuh. Insya Allah, tembok tersebut akan siap dalam masa terdekat.

Untuk akhirnya, admin mengajak pengunjung2 semua mendoakan kejayaan pembinaan Pondok ar-Raudhah. Buat yanng berkemampuan, anda dipersilakan menyumbang kepada kami. Sila berhubung dengan individu berkenaan di tepi blog ini.

Wassalam.




Isnin, 17 Februari 2014

Terkini Pondok Ar-Raudhah 170214


Assalamualaikum semua...

Sedikit perkembangan berkenaan Pondok Ar-Raudhah.

Kerja meratakan tapak pondok telah 80% siap. Tanah bahagian hadapan diambil untuk tambak bahagian belakang tapak yang terlalu curam.

Insya Allah, dijangka siap dalam minggu ini.

Awal bulan hadapan, rumah contoh warga emas akan mula dibangunkan. Pejabat juga akan dibuka untuk pameran dan urusan rasmi.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.