Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Rabu, 28 November 2012

Selamat Jalan Ustaz...


Us. Nasir (duduk bawah) dan Sheikh Yusuf (duduk atas)

Assalamualaikum...

Terlupa pula ana nak maklumkan. Sekarang ini, Tn. Hj. Nasir (Penasihat Pondok Ar-Raudhah) kini berada di Mesir. Beliau ke sana atas tujuan berjumpa dengan Sheikh Yusuf dan menziarahi makam2 ulamak yang ada di sana. 

Beliau bertolak ke sana pada 24.11 (Ahad) dan insya Allah akan kembali semula ke tanah air awal bulan 12 nanti. Moga beliau selamat pergi dan pulang untuk teruskan usaha bangunkan Pondok Ar-Raudhah nanti.

Wassalam.

Selasa, 27 November 2012

Pondok Ar-Raudhah: 28.11.2012


Assalamualaikum...

Setelah beberapa hari menunggu, hari ini jentera yang dihantar oleh penyumbang (En. Zainal) sudah mula beroperasi. Kesian juga, "takde driver la ustaz", kata En. Zainal. Kebetulan pemandu beliau baru2 ini lari ke tempat lain. "Makan masa juga nak cari pemandu lain, ini pun ambil yang tengah buat kerja di Keratong", tambahnya lagi.

Menurut En. Zainal, beliau akan tugaskan pemandu ini untuk kendalikan jentera sehingga kerja2 membersih dan meratakan tanah di tapak pondok ini selesai. "Alhamdulillah... mudah mudahan Allah murahkan rezeki abang", kata hati ana. Moga kerja2 berjalan lancar.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Banner dari 2 arah, Juasseh (kanan) dan Bahau (kiri)

Pandangan dari jauh, bahagian hadapan dah bersih

Banner di Surau Taman Tunku Puan Chik

Tak dapat dihidupkan pada awalnya

Alhamdulillah, bila hidup terus jalan...


Ahad, 25 November 2012

Gotong Royong Pondok Ar-Raudhah


Assalamualaikum warahmatullah...

Pagi tadi telah dijalankan gotong royong bersama AJK di tapak Pondok Ar-Raudhah. Tujuan utama gotong royong tersebut ialah untuk menentukan sempadan sebelum kren memulakan kerja2 membersih dan melevel tanah. Turut dijalankan penambahbaik banner rayuan sumbangan yang digantung ala kadar semalam.

Alhamdulillah, di samping AJK yang berkesempatan hadir, turut bersama ialah ayah kepada Us. Nasir yang juga tuan asal kepada tanah tersebut. Hj. Zul, jiran kepada tapak pondok turut menghulur bantuan. Satu banner telahpun dinaikkan. Ia menghadap pengguna jalan raya dari Bahau ke Juasseh. In Sha Allah, satu lagi akan ditempah dan akan digantung untuk menghadap pengguna jalan raya yang bergerak dari Juasseh ke arah Bahau.

Terima kasih kepada AJK yang berkesempatan hadir terutamanya En. Johari dengan menu sarapan dan Us. Yunus dengan habuan durian 'special'. 

Menegakkan tiang baru untuk banner rayuan sumbangan

Perbincangan berkenaan sempadan dan level tanah berpandu pelan

Jika tiada apa2 halangan. Kren akan memulakan kerjanya esok. Kerja menerangkan tanah akan dilakukan terlebih dahulu sebelum kerja meratakan tanah mengikut aras yang ditentukan akan dilakukan.

Harap2 kerja membersih dan meratakan tanah berjalan lancar dan selesai secepat mungkin. Moga Allah permudahkan usaha ini.

Wassalam.

Sabtu, 24 November 2012

Terkini Pondok Ar-Raudhah: Kren Dah Sampai

Assalamualaikum...

Petang tadi kren yang dijanjikan telahpun selamat dihantar ke tapak Pondok Ar-Raudhah. Alhamdulillah, seorang penyumbang (En. Zainal) telah bermurah hati menawarkan khidmat membersih dan meratakan tapak pondok.

In Sha Allah, kerja2 akan dimulakan pagi nanti. Satu gotong royong bersama AJK dan penduduk sekitar akan diadakan, lebih kurang jam 9.30 pagi. Ia khusus bagi tujuan menanda sempadan dan menentukan level tanah untuk dilakukan oleh kren yang baru sampai.

Justeru, sumbangan anda amat diperlukan. Selesai urusan melevel tanah, kerja2 pembinaan surau akan bermula. Mohon sebarkan juga rayuan dana ini kepada ahli keluarga, sahabat2, saudara mara dan jiran tetangga antum. Setiap sen yang antum sumbangkan amat bermakna.

Wassalam.

Banner yang digantung sementara menunggu ditukar tiang yang baru semasa gotong royong nanti

Kren yang akan mula bekerja keras esok

Esok tukar tiang baru ye, baru mantap!

Pandangan tapak pondok dari Taman Bidara


Jumaat, 23 November 2012

Bakal Tetamu Pondok Ar-Raudhah, Sheikh Muhammad Awadh Al-Manqush


Sheikh Muhammad Awadh Al-Manqush

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan hadir di Majlis Maulid dan Solawat bersama Sheikh Muhammad Awadh Al-Manqush.


Sheikh Mohammad Awadh adalah anak murid kepada Sheikh Yusuf yang juga tuan guru kami. Kelebihan beliau ialah dalam ilmu hadis. Beliau banyak mengambil sanad hadis daripada guru2 dari seluruh dunia termasuk kitab2 hadis Sunan Sittah. Beliau yang lahir di Libya dan kini menetap di Mesir sudah beberapa kali hadir ke Malaysia atas jemputan KUIS untuk bacaan dan ijazah sanad hadis. Di KUIS, beberapa buah kitab hadis telahpun habis beliau baca dan ijazahkan sanadnya.

Untuk majlis malam tadi, beliau telah mengijazahkan sanad hadis Musalsal Asyura, sanad Qasidah Burdah dan sanad Nizom Badi'. Kehadiran memang ramai, seronok rasanya berdoa sambil berqasidah. Moga Allah terima dan makbulkan.

Insya Allah, bila Pondok Ar-Raudhah mula beroperasi kelak, beliau antara sheikh yang akan kerap dipanggil untuk ijazahkan sanad hadis buat ahbab2 di kawasan Jempol dan sekitarnya.

Jadi, lebih cepat terbina Pondok Ar-Raudhah, lebih cepat pertemuan kita semua dengan beliau. Ayuh teruskan menyumbang!

Kenangan bersama Sheikh Awadh


Selasa, 20 November 2012

Brosur Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum para ahbab semua...

Admin doakan antum senantiasa beroleh limpahan kasih sayang Allah dan RasulNYA...

Untuk entri kali ini, admin uploadkan brosur yang telah admin hasilkan untuk tujuan mendapatkan dana bagi pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Lepas ni brosur ni akan diperbanyakkan untuk diedarkan. Moga Allah permudahkan usaha yang tak seberapa ini.

Wallahu a'lam. Wassalam.

Isnin, 5 November 2012

Pelan Lokasi & Pembangunan

Rancangan Pembangunan Pondok Ar-Raudhah


Pelan lokasi Pembinaan Pondok Ar-Raudhah

PERKEBAR di alam maya

Salam ukhuwah fillah.

Moga bersama beroleh keredhaan daripada Allah Taala.