Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Isnin, 30 September 2013

Ceramah Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf di Ampangan



Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu (28.9.13) baru2 ini, Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf telah diundang untuk menyampaikan ceramah di Ampangan, Seremban. Lokasi ceramah ialah di Surau Besar Gedong Lalang. Alhamdulillah, penuh surau tersebut pada malam tu. Sheikh telah menyampaikan ceramah berkisar tentang buku terbaru beliau berkenaan Syiah.

Ceramah dipengerusikan oleh Us. Syuhadak dan diterjemahkan oleh Mudir Pondok Ar-Raudhah, Tn. Hj. Md Nasir. Ceramah bermula pada jam 7.40 dan berakhir sekitar jam 9.30 malam. Meskipun hanya beberapa point penting sahaja disentuh oleh Sheikh membuatkan hadirin yang hadir tertunggu2 buku terbaru Sheikh yang bakal dicetak kelak. Buku tersebut akan turut diterjenahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh beberapa orang anak murid Sheikh di Malaysia, termasuk Mudir.

Ceramah turut diserikan dengan alunan Qasidah daripada kumpulan Ulwan. Selesai membicarakan berkenaan buku beliau, sesi soal jawab dimulakan. Beberapa orang hadirin bertanya dalan Bahasa Inggeris, Sheikh tiada masalah menjawabnya memandangkan Sheikh sebelum ini agak lama bermastautin di Kanada. 

Usai solat Isyak, Sheikh diminta mentahnik 2 orang bayi. Seperti biasa, Sheikh tidak menolak. Dengan sedikit urutan, Sheikh kemudiannya menyuapkan mulut bayi tersebut dengan tamar seterusnya mendoakan mereka. Di perkarangan surau, beberapa gerai jualan menanti antaranya gerai jualan Pondok Ar-Raudhah. Sheikh sendiri meminta gambar beliau diambil di gerai tersebut. 

Minggu depan, 2 lagi program menanti. Nantikan maklumat berkenaan dengan program tersebut di FB Pondok Ar-Raudhah. Ayuh ambil kesempatan untuk menimba ilmu daripada Sheikh sementara beliau masih di tanah air.

Sekian. Wassalam.

Ruang dalam surau dipenuhi jemaah 

Di hadapan Sheikh bersama Mudir dan Us Syuhadak

Sesekali Sheikh berdiri bagi menerangkan sesuatu

Sheikh mentahnik 

Bersama Sheikh di gerai Pondok Ar-Raudhah


Terkini 011013



Assalamualaikum penderma dan pengunjung semua...

Sedikit makluman berkenaan hasil kerja2 mengukur tanah oleh juru ukur lantikan Pertubuhan baru2 ini. Proses yang pada asalnya tertangguh kerana bacaan BM tidak diperolehi daripada Jabataan Ukur & Pemetaan Malaysia, kini kembali berjalan kerana bacaan tersebut telahpun diperolehi.

Juru ukur lantikan Pertubuhan, En. Senin & En. Hamidun telah hadir buat kali kedua bagi menyudahkan kerja2 mengukur level tapak Pondok Ar-Raudhah seperti yang dikehendaki oleh Pegawai Perancang Bandar untuk kelulusan oleh Pejabat Daerah Jempol.

Alhamdulillah, kerja2 mengukur berjalan lancar. Selain mengukur level tapak, mereka turut menandakan kembali sempadan tanah yang sebenar mengikut peta yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah pada tahun 1914. Pegawai Daerah ketika itu masih lagi seorang warga Inggeris. Dengan meneliti dan mengikut ukuran daripada peta asal, barulah sempadan sebenar dapat ditentukan.

Insya Allah, segala dapatan daripada kerja2 mengukur akan diserahkan kepada Pegawai Perancang Bandar secepat mungkin untuk proses kelulusan bagi pembinaan. Moga Allah permudahkan.

Sekian buat waktu ini. Wassalam.

Pelan asal tapak Pondok Ar-Raudhah

Sempadan asal yang ditandakan semula


Sempadan bahagian hadapan

Rabu, 25 September 2013

Ceramah berkenaan Syiah oleh Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Seperti yang antum sedia maklum, Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf kini dalam rangka lawatan beliau ke Malaysia, Singapura & Indonesia. Begitupun, sepanjang beliau berada di Malaysia jadual beliau tidak lekang dengan aktiviti dakwah samada di markas Darul Hasani di Kajang, di IPT mahupun di masjid dan surau yang berhajat bagi menjemput beliau bagi menyampaikan ceramah.

Bagi Sheikh, dakwah dan menyampaikan ilmu sudah sebati dengan jiwanya. Beliau lebih rela menziarahi anak murid beliau daripada pulang ke Kanada bertemu dengan anak2 beliau. Bagi beliau, jika anak2 beliau mahu berjumpa dengannya, mereka perlu datang kepada Sheikh.

Paling dekat ialan program Ceramah Perdana yang akan disampaikan oleh Sheikh pada 28.9.2013 (Sabtu) bertempat di Surau Besar Gedong Lalang 50 di Ampangan. Ceramah akan bermula selepas Maghrib. Admin yang kebetulan punya program di Melaka akan terus ke seremban dan bermalam di Seremban 2 bagi menghadiri ceramah tersebut.

Sheikh akan mengupas berkenaan Syiah dan ancamannya terhadap aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sememangnya buku terbaru yang beliau tulis mengupas isu tersebut. Moga Allah kurniakan kelapangan untuk kita hadir hujung minggu ini nanti.

Jumpa di sana. Sejian buat waktu ini.

Wassalam.

Terkini Pondok Ar-Raudhah 250913



Assalamualaikum semua...

Entri ringkas ini ana buat khas untuk maklumkan berkenaan hasil kerja mengukur level yang dilakukan oleh Juru Ukur lantikan Pertubuhan pada hari Sabtu baru2 ini.

Alhamdulillah, Juru Ukur tersebut sampai ke tapak pondok seawal jam 8.00 pagi. Seperti biasa, Sdr. Shamsu Khair tidak ketinggalan membantu. Kerja2 mengukur selesai pada jam 1.00 petang. 

Walaubagaimanapun, proses pengiraan ukuran tersebut tidak dapat disempurnakan sepertimana yang dikehendaki oleh Pegawai Perancang Bandar atas beberapa faktor, antaranya:

1. Bacaan BM masih belum diperolehi daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Menurut Juru Ukur tersebut, bacaan perlu didapatkan daripada pejabat cawangan Seremban. Malangnya, usaha Pengerusi Pertubuhan untuk mendapatkan bacaan tersebut di Seremban gagal kerana bacaan tersebut perlu diambil di pejabat di Kuala Lumpur.

2. Tanpa bacaan tersebut ukuran yang dibuat tidak dapat dikira dengan tepat.

Sekali lagi, urusan sedikit tergendala. Pertubuhan akan sedaya upaya menyelesaikan perkara ini. Mudah2an Allah permudahkan.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.


Dari kiri: En. Johari, Pengerusi & Sdr. Shamsu Khair

Khamis, 19 September 2013

Ziarah Terbaru Sheikh Yusuf



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hari ini (19.09.1013) sekali lagi ahbab2 di Bahau dikejutkan dengan kehadiran dan ziarah Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf Al-Hasani. Meskipun baru sahaja sampai ke Malaysia pada jam 3.30 petang tadi dari Lubnan, Sheikh amat bersemangat untuk bersama2 dengan anak2 murid beliau di Bahau. 

Insya Allah, sheikh akan bertolak ke Indonesia esok. Jadi, berkebetulan dengan majlis selawat yang setiap minggu diadakan pada malam Jumaat di Masjid Jamek Bahau, beliau yang dihubungi oleh Mudir tidak berfikir panjang memutuskan untuk hadir. Menurut Sheikh, selepas ziarah terakhir beliau pada bulan Ramadhan yang lalu, beliau terus pulang ke Lubnan sedangkan anak2 beliau yang berada di Kanada meminta untuk beliau ke sana bagi bertemu dengan beliau. Setiap kali beliau dihubungi oleh anak2nya, alasan beliau ialah beliau kurang sihat dan meminta anak2nya balik ke Lubnan untuk bertemu dengan beliau.

Yang menimbulkan kemusykilan dihati anak2 beliau ialah ketika diminta ke Kanada, pelbagai alasan diberikan. Sebaliknya bila dihubungi oleh anak2 murid beliau untuk hadir berziarah ke Malaysia mahupun Indonesia dan Singapura, Sheikh tanpa berfikir panjang membuat keputusan untuk berziarah. Setelah didesak oleh anak2nya Sheikh menjawab beliau ke sini atas dasar cintakan ukhuwah dan rasa kewajipan menyampaikan ilmu kepada anak2 murid yang memerlukan bimbingan daripada beliau.

Beliau turut berkongsi cerita tentang peluang yang beliau perolehi untuk ke Mekah bagi menunaikan haji (badal) bersama keluarga yang ditaja oleh seseorang. Pada masa yang sama anak2 murid beliau menjemput beliau berziarah di sini. Sheikh mengambil keputusan untuk beristikharah. Selang beberapa ketika beliau mendapat bisikan yang mengatakan "menyampaikan ilmu lebih berharga daripada nilai 100 kali haji ke Mekah". Jadi, beliau membuat keputusan untuk ke sini. Lagipun, siapa saja boleh membuat badal haji untuk penaja yang berhajat untuk menaja beliau.

Tausiah Sheikh pada malam ini berkisar tentang sebuah buku yang baru sahaja selesai beliau tulis. Buku tersebut menurut Sheikh berkenaan menolak hujah pihak yang menyakiti Rasulullah mahupun Ahlul Bait, lebih tepat lagi tentang Syiah. Buku tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada mufti Lubnan dan akan diterjemahkan ke BM, BI dan B. Perancis. Insya Allah, akan berada di pasaran nanti.

Buku tersebut turut mengupas berkenaan sejauh mana Imam 4 Mazhab mencintai Ahlul Bait. Turut dimuatkan 10 perbezaan antara aktikad Sunni dan Syiah.

Admin mewakili Mudir dan seluruh AJK Pertubuhan mengucapkan terima kasih kepada ahbab yang sempat hadir termasuk ahbab dari Bangi dan Jelebu. Moga pertemuan dengan Sheikh pada kali ini akan memberi kesan positif dalam usaha kita mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.


Terkini Pondok Ar-Raudhah 190913



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Admin doakan antum semua senantiasa diberkati Allah hendaknya.

Sedikit perkembangan terkini mengenai perkembangunan pembangunan Pondok Ar-Raudhah. Selain lantikan jurutera bertauliah untuk melukis pelan, pihak Pertubuhan juga dikehendaki melantik konsultan Perancang Bandar. Alhamdulillah, Perancang Bandar telah dilantik dengan bantuan jurutera bertauliah. Seterusnya, pihak Pertubuhan perlu menyediakan data berkenaan aras (level) tapak pondok Ar-Raudhah. Ia dilakukan dengan melantik juru ukur untuk membuat kerja2 mengukur aras tapak tersebut. 

Alhamdulillah, dengan usaha salah seorang AJK, seorang juru ukur telah dapat dihubungi dan perbincangan telah dilakukan. Hasilnya, juru ukur tersebut yang berasal dari Melaka akan datang bagi membuat kerja2 mengukur pada pagi Sabtu hujung minggu ini. Walaubagaimanapun, sebelum kerja2 mengukur dibuat, pihak Pertubuhan diminta untuk mencari bacaan BP di sekurang2nya 2 lokasi berhampiran tapak pondok. 

Petang tadi, admin diajak untuk bersama2 dengan Sdr. Shamsu Khair untuk mencari bacaan BP tersebut. Rupa2nya bacaan BP itu boleh didapati di 'batu simen' yang biasanya dapat kita lihat di tepi2 jalan raya utama di seluruh negara. Terasa jahilnya diri. Selalunya, tiada siapa yang ambil peduli tentang batu simen yang terletak di tepi jalan. Berbeza dengan juru ukur, batu simen tersebut amat penting bagi mendapatkan data daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebelum mereka memulakan kerja2 mengukur sesuatu tapak.

Kami mencari batu tersebut hanya 15 minit. Kebetulan, dah lewat petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan bacaan telahpun dihanter kepada juru ukur untuk tindakan sebelum mereka datang membuat kerja2 mengukur pagi Sabtu ini. Moga Allah permudahkan.

Alhamdulillah, pihak kami masih dari masa ke semasa menerima sumbangan dan wakaf daripada orang ramai. Kepada yang masih belum menerima sijil wakaf, admin harapa antum bersabar. Insya Allah, buat penyumbang yang tinggal berdekatan, sijil akan admin serahkan secepat mungkin. Buat pewakaf yang tinggal di luar Negeri Sembilan, sijil tersebut berserta resit rasmi akan admin poskan dalam masa terdekat.

Terbaru, Pertubuhan telah menerima sumbangan daripada seorang individu berjumlah RM100,000.00. Meskipun rata2 AJK agak terkejut dengan sumbangan sebanyak itu, azam kami untuk menjadikan Pondok Ar-Raudhah ini satu kenyataan semakin berkobar2. Walaubagaimanapun, jumlah tersebut masih tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah sebenar yang Pertubuhan perlukan bagi pembinaan lengkap Pondok Ar-Raudhah. Bagi kerja2 awal termasuk bayaran arkitek bertauliah, Perancang Bandar, juru ukur dan pembangunan tapak serta asas bangunan di tapak pondok Ar-Raudhah, sumbangan tersebut amat2 membantu. 

Admin mewakili Mudir dan semua AJK mengucapkan terima kasih kepada penyumbang tersebut. Moga Allah membalas amal beliau dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tidak lupa juga kepada pewakaf2 yang terus meyakini Pertubuhan untuk merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah, jakallahu khairal jaza' admin ucapkan. Teruskan menyumbang!

Wassalam.

\
Sdr. Shamsu Khair mencatat bacaan BM di salah satu lokasi

Jumaat, 6 September 2013

Program Tautan Mahabbah Aidilfitri


Assalamualaikum...

Sebelum admin memulakan coretan, terlebih dahulu jutaan kemaafan dipohonkan di atas kegagalan admin meng'update' blog ini sekerap mungkin. Agak sibuk juga kebelakangan ini dengan tugas2 hakiki. Walaubagaimanapun, admin akan cuba juga membawakan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Pondok Ar-Raudhah buat anda semua.

Alhamdulillah, pada 30.9.13 (Sabtu) minggu lepas Program Tautan Mahabbah Aidilfitri berjaya dijalankan. Program yang dianjurkan oleh Pondok Ar-Raudhah dengan kerjasama KAGUM dan Masjid Jamek Bahau itu turut dihadiri oleh ahbab dari Madrasah Islamiah Al-Jafri Selandar yang diketuai oleh Ustaz Jamri. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato' Hj. Salim, Saudara Hanafi daripada KAGUM dan beberapa orang tokoh yang diraikan yang telah banyak berjasa kepada Masjid Jamek Bahau serta anak2 yatim bagi menerima sumbangan daripada Baitulmal.

Majlis dimulakan dengan bacaan Wirid Al-Hasani, diikuti dengan ucapan oleh Mudir. Seterusnya ucapan oleh Saudara Hanafi dan diikuti dengan ucapan oleh Dato' Haji Salim. Majlis kemudian telah diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada veteran Masjid Jamek Bahau dan anak yatim. Seterusnya Solat Asar berjamaah didirikan dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya.

Admin mewakili Pertubuhan mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada Dato' Haji Salim di atas kehadiran beliau. Terima kasih juga kepada para veteran Masjid Jamek Bahau yang berkesempatan hadir. Terima kasih kepada Saudara Hanafi yang hadir bersama beberapa orang rakan beliau daripada KAGUM. Buat nazir Masjid Jamek Bahau Tn. Hj. Yusof, sekalung penghargaan di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Admin uploadkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Paling membanggakan ialah buat pertama kalinya khazanah berharga Pertubuhan dipertontonkan kepada orang ramai. 3 manuskrip berusia ribuan tahun dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Insya Allah, admin akan tuliskan entri khas berkenaannya. Manuskrip tersebut ialah:

1. Hadis 40 karya Imam Nawawi dengan tulisan tangan beliau sendiri.
2. Kitab tulisan tangan Tuan Tulis.
3. Qasidah Burdah tulisan tangan Imam Busiri.

Ketiga2 manuskrip tersebut dibeli oleh Pertubuhan daripada Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf yang hadir pada bulan Ramadhan yang lalu. Beliau yang sebelum itu menziarahi beberapa orang rakan di Syria apabila salah seorang daripadanya yang datang daripada sebuah keluarga berkedudukan meminta bantuan Fadhilatul Habib untuk menjual manuskrip2 tersebut kepada pihak yang boleh memanfaatkannya untuk ummah.

Sementara itu, sehari sebelum program di atas dijalankan, admin bersama Mudir dan Sdr. Shamsu Khair telah pergi ke Senawang bagi menemui arkitek lantikan Pertubuhan. Perbincangan dilakukan memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan selepas arkitek tersebut menghantar pelan Zawiyah ke Pejabat Daerah Jempol untuk kelulusan. Insya Allah, apa yang perlu dilakukan akan cuba pihak Pertubuhan laksanakan bagi memastikan pembangunan Pondok Ar-Raudhah berada di atas landasan yang betul menurut undang2.

Moga Allah permudahkan segala urusan. Justeru doa dan sokongan serta sumbangan berterusan daripada anda semua amat2 kami harapkan. Semoga bertemu lagi di entri yang akan datang.

Wassalam.

Di hadapan dari kiri Mudir, Us. Jamri dan Sdr. Hanafi

Ruang pameran

Pameran, jualan album dan jualan wakaf

Sebahagian hadirin meneliti manuskrip yang dipamerkan

Jualan produk Ar-Raudhah

Mudir memberi penerangan ringkas berkenaan manuskrip yang dipamerkan

Selingan oleh Kumpulan Qasidah daripada Maahad Ahmadi Gemencheh

Mudir dan Sdr. Shamsu Khair bersama arkitek lantikan di pejabatnya di Senawang