Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Khamis, 16 Mei 2013

Program Sentuhan Jiwa Rakyat & Pelancaran Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah


Keratan Akhbar Sinar Harian 15.05.2013

Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian...

Sebetulnya, admin sudah agak lama tak berkesempatan memuatkan entri baru di blog ini. Mujur artikel Sinar Harian keluarkan artikel berkenaan program pelancaran tersebut. Dalam tak sempat admin curi juga sedikit masa bagi menyiapkan entri baru ini.

Sedikit berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Setakat ini, pejabat Pertubuhan telahpun siap sepenuhnya. Menara tangki air pula buat masa ini berperanan sebagai ruang pengiklanan pondok. Seketika usaha pembinaan terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana masalah teknikal. Selain itu juga, pihak Pertubuhan sedang dalam usaha bersama Mudir selaku tuan tanah untuk mewakafkan tanah kepada MAINS. Ini kerana memandangkan usaha pembangunan lebih mudah sekiranya tanah tersebut diwakafkan terlebih dahulu.

Seperti yang telah ana maklumkan dalam entri sebelum ini, program Sentuhan Jiwa Rakyat & Pelancaran Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah ini diadakan pada 28.04.2013 yang lalu. Program ini telah dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan NS, Pejabat Daerah Jempol dan Jabatan Belia & Sukan Daerah Jempol.

Program dimulakan dengan bacaan Wirid Al-Hasani, diikuti dengan ucapan Mudir Pondok Ar-Raudhah. Seterusnya ucapan oleh Pengarah Jabatan Penerangan NS dan kemuncaknya ialah ucapan dan pelancaran album oleh Pegawai Daerah Jempol. 

Majlis disusuli dengan persembahan qasidah daripada kumpulan Raudhatul Hasani, Solat Asar berjamaah dan diakhiri dengan jamuan.

Ucapan Mudir, Tn. Hj. Md Nasir b. Hj. Othman

Ucapan Pengarah Jab. Penerangan NS, Tn. Hj. Hashim b. Hj. Bedu

Ucapan & Pelancaran album oleh Pegawai Daerah Jempol

Gimik pelancaran album

Persembahan 'live' dari Raudhatul Hasani

Penyampaian cenderahati