Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Rabu, 12 Mac 2014

Terkini Pondok Ar-Raudhah: Tapak siap dilevel, Tembok dalam pembinaan


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Jutaan kemaafan daripada admin lantaran kurangnya kekerapan admin mengemaskini blog rasmi Pertubuhan (Pondok ar-Raudhah) ini. Walaubagaimanapun, admin cuba dari masa ke semasa untuk memberikan maklumat terbaru samada melalui FB mahupun WhatsApp group Pondok Ar-Raudhah.

Berkaitan permohonan daripada Pertubuhan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ). Pada 28.02.14 (Jumaat), beberapa orang AJK dipanggil oleh Majlis Daerah Jempol untuk berbincang dan diberikan maklumbalas berkaitan perkembangan permohonan dan perkara lain yang berkaitan. Pertubuhan diwakili oleh Penasihat 1, Mudir, arkitek lantikan dan beberapa orang AJK lain manakala MDJ membariskan Setiausaha MDJ dan Ketua2 Unit di MDJ. 

Antara perkara yang disentuh ialah tindakan Pertubuhan meratakan tanah di bahagian hadapan tapak pondok. Menurut MDJ tindakan tersebut adalah tidak dibenarkan. Walaubagaimanapun, wakil Pertubuhan memberi respon bahawa pihak Pertubuhan tertekan dengan soalan daripada orang ramai berkenaan status pembinaan pondok. Tambahan pula, tapak pondok telah mula ditumbuhi semak samun.

Perkara lain yang disentuh ialah berkenaan kelewatan pihak MDJ memberi kebenaran membina bangunan kepada pihak Pertubuhan. Pihak MDJ menjelaskan kelewatan tersebut disebabkan pihak JPS yang masih belum mengesahkan pelan yang disediakan oleh jurutera lantikan Pertubuhan. 

Berkenaan perkembangan terkini Pondok ar-Raudhah. Meskipun pihak MDJ melarang pihak Pertubuhan melakukan apa2 aktiviti di tapak pondok, kerja2 meratakan tanah sebenarnya telahpun selesai. Tanah yang agak tinggi di bahagian hadapan telah dipotong dan dibawa ke bahagian belakang untuk ditambak bagi meninggikannya. Terkini, setelah tapak siap diratakan, pihak Pertubuhan sedang dalam usaha untuk membina tembok bagi menahan bahagian belakang daripada runtuh. Insya Allah, tembok tersebut akan siap dalam masa terdekat.

Untuk akhirnya, admin mengajak pengunjung2 semua mendoakan kejayaan pembinaan Pondok ar-Raudhah. Buat yanng berkemampuan, anda dipersilakan menyumbang kepada kami. Sila berhubung dengan individu berkenaan di tepi blog ini.

Wassalam.