Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Isnin, 28 Januari 2013

Kelebihan Berselawat n Sheikh Yusuf


Kelebihan Berselawat

Fadhilatul Habib Yusuf Al-Hasani kerap menziarahi Tuan2 Guru di tanahair setiap kali beliau hadir 

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Mahabbah Rasulullah


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Terlebih dahulu admin mewakili seluruh ahli dan AJK Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) mengambil kesempatan untuk mengajak anda semua memperbanyakkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja pada hari kelahirannya tetapi juga pada setiap masa di mana jua kita berada. Sesungguhnya selawat ke atas Baginda mengundang fadhilat dan kelebihan yang sangat banyak, bukan sahaja di dunia tetapi lebih2 lagi di Akhirat kelak.

Pagi tadi (24.1.2013 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1434H) admin berkesempatan menghadiri ceramah sempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah diadakan di sebuah surau yang baru didirikan di Kampung Serting Ilir. Lebih mengujakan apabila Penasihat II PERKEBAR, Us. Hj. Md Nasir dijemput menyampaikan ceramah. Majlis diserikan juga dengan alunan qasidah daripada pelajar2 Maahad Ahmadi Gemencheh.

Usai ceramah, owner surau (Dato' Halim) meminta jamaah yang hadir melakukan solat hajat. Seorang sahabat beliau sedang kritikal di hospital. Beliau mohon doa agar sahabat beliau diberikan kesihatan oleh Allah. Hadirin seterusnya dipersilakan menjamu selera makan tengah hari lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Sempat juga Penasihat, Pengerusi dan Naib Pengerusi berbincang dengan Dato' Halim berkenaan pembinaan Pondok Ar-Raudhah sambil menghulurkan kertas kerja bagi memohon sumbangan daripada beliau. Majlis diakhiri dengan solat Zuhur berjamaah.

Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Pihak kami sedang giat mencari dana bagi membina struktur pertama Pondok Ar-Raudhah iaitu sebuah surau dengan anggaran kos sebanyak RM600,000. Mohon tuan/puan terus menyumbang.

Wassalam.

Antara AJK yang sempat hadir

Alunan qasidah dari pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh

 
Ruang hadapan surau Serting Ilir

Ceramah daripada Us. Hj. Md Nasir

Pengerusi, N. Pengerusi dan Penasihat bersama Dato' Halim 

Sabtu, 5 Januari 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah 050113: Siap diratakan!


Bismillah, Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Sebala poji bagi Allah, selawat dan salam buat Baginda Nabi Muhammad, ahli keluarga, sahabat2 serta pendokong perjuangan mereka hingga hari Kiamat.

Ketika entri ini ditulis, tanah tapak Pondok Ar-Raudhah sudahpun siap diratakan. Kerja meratakan tanah mengambil masa 2 hari. Sisa2 kayu semuanya sudah dikumpulkan ke bahagian belakang untuk dibakar. Setakat hari ini, api yang dihidupkan kelmarin masih membakar. Insya Allah, kalau tiada hujan lebat beberapa hari lagi keseluruhan kayu tersebut akan hangus dijilat api.

Beberapa orang AJK turut hadir sewaktu tanah diratakan semalam. Penasihat II (Tn. Hj. Nasir), Hj. Zul dan Abg. Johari antara yang terawal tiba di tapak. Diikuti tidak lama kemudian oleh Abg. Shamsul, Us. Yunus dan Us. Ismail. Sementara tanah diratakan, AJK yang hadir bersama membantu mengukur bagi menentukan ruang tapak untuk didirikan surau mengikut pelan yang telah disediakan. Justeru, sumbangan antum amat diharapkan. Teruskan menyumbang...

Admin masukkan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Wallahu a'lam.

Wassalam.

Pandangan dari hadapan ke belakang (tengah)

Berbincang tentang tapak surau

Pandangan belakang dari tengah

Dari seberang jalan sebelah Taman Bidara

Langsat milik Hj. Zul, jiran Pondok Ar-Raudhah

Dari hadapan tengah ke belakang

Pandangan dari penjuru kiri ke penjuru kanan hadapan

Dari penjuru kiri hadapan ke belakang

Dari penjuru kanan hadapan ke belakang

Dari belakang ke hadapan. Kelihatan Taman Bidara di seberang jalan

Pandangan dari penjuru kanan hadapan ke penjuru kiri

Timbunan kayu ditolak ke bahagian belakang yang rendah

Jumaat, 4 Januari 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah: Levelling, Day 1


Assalamualaikum semua...

Hari ini adalah hari pertama kerja2 meratakan tanah dilakukan di tapak Pondok Ar-Raudhah. Ia bermula dengan kayu2 kering yang dikumpul beberapa longgok ditolak ke sebelah belakang, seterusnya tanah diratakan.

Sehingga petang tadi, sememangnya perubahan telah dapat dilihat. Kayu2 tidak lagi berlonggok dah sebahagian kawasan tapak telahpun mula diratakan. Esok, kerja2 melevel mengikut ketinggian yang ditentukan akan bersambung.

Bila dah dapat sewa jentera besar ni baru berbaloi rasanya keluarkan bayaran. Siap sahaja kerja meratakan tanah, pelan akan dihantar ke Majlis Daerah Jempol untuk mendapatkan kelulusan. Sebaik pelan diluluskan, tapak surau akan ditentukan, dibersihkan dan kerja2 membina surau akan dimulakan. Mengikut beberapa orang kontraktor, jika mengikut pelan yang disediakan, anggaran harga surau yang bakal didirikan menjangkau RM400,000.00. Justeru, sumbangan daripada orang ramai amat2 diperlukan.

Admin masukkan beberapa keping gambar yang admin ambil lewat petang tadi sebaik sahaja jentera meratakan tanah menangguhkan kerja. Kerja akan diteruskan esok, harap2 lewat petang esok semuanya dah selesai. Allahumma amin...

Wassalam.

Perbincangan antara Penasihat II, pemilik jentera dan Abg. Jo

Pandangan dari bahagian belakang tapak pondok

Pandangan dari bahagian tepi hadapan

Pandangan dari tengah hadapan

Khamis, 3 Januari 2013

Ziarah Sahibus Samahah Timb. Mufti NS d' Pondok Ar-Raudhah


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang2 sekalian...

Alhamdulillah, pujian selayaknya hanya buat Allah Tuhan Semesta Alam, selawat dan salam kepada kekasihNYA, Baginda Muhammad, ahli keluarga, sahabat2 dan penyambung mata rantai perjuangan Baginda hingga akhir zaman.

Admin terlebih dahulu memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan menulis entri terbaru. Sebagai guru, hambatan tugas di  awal tahun memang tak dapat dielakkan. Meskipun begitu, gambar2 terbaru telahpun admin uploadkan di FB.

Pada 29.12.2012 yang lalu, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan NS telah sudi melawat tapak Pondok Ar-Raudhah. Beliau yang kebetulan memenuhi undangan Masjid Jamek Bahau dalam majlis meraikan kepulangan jemaah haji daerah Jempol, telah bersetuju untuk ke sana bersama Penasihat II dan Pengerusi pada hari tersebut. Meskipun Penasihat II dan Pengerusi sudahpun membuat pertemuan dengan beliau beberapa hari sebelumnya, beliau tetap hadir bagi melihat sendiri keadaan tapak dan perkembangan terkini pembangunan Pondok Ar-Raudhah.

Penasihat II bersama Timbalan Mufti NS, Ustaz Hj. Norazamir b. Alias di pejabat beliau di Seremban ketika pertemuan membincangkan beberapa perkara berkaitan pembangunan Pondok Ar-Raudhah

Dalam lawatan beliau, Pengerusi dan Penasihat II sempat mendapatkan pandangan beliau berkenaan perancangan mendirikan surau di tapak tersebut. Beliau yang pada dasarnya bersetuju dengan usaha itu sekaligus amat menyokong dan bersedia membantu memudahkan urusan pembinaan tersebut.

Lawatan diakhiri dengan gimik perletakan batu asas oleh SS Timb. Mufti dan bacaan doa memohon keberkatan dan dipermudahkan urusan daripada Allah.

Ana uploadkan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Teruskan menyumbang. Moga sumbangan antum dibalas dengan nilaian yuang besar oleh Allah Taala.

Wassalam.

Pengerusi berbincang dengan SS Timb. Mufti NS

Penasihat II bersama SS Timb. Mufti NS

Penasihat II bersama SS Timb. Mufti NS di tapak Pondok Ar-Raudhah
 
Gimik perletakan batu asas oleh SS Timb. Mufti NS

Bacaan doa oleh SS Timb. Mufti NS