Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Jumaat, 19 April 2013

Raudhatul Hasani: Pelancaran Abum 280413



Assalamualaikum...

Malam tadi, admin sempat bersama Mudir ke Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Paroi bagi menyaksikan kumpulan qasidah Pondok Ar-Raudhah RAUDHATUL HASANI membuat persembahan. Beberapa slot diberikan kepada kumpulan ini sepanjang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat NS berlangsung bermula hari Rabu hingga majlis penutupnya malam ini. 

Kebetulan, album kumpulan ini telahpun siap. Meskipun majlis pelancaran dijadualkan pada 28.4.2013 minggu depan, ia telahpun mula dijual. Boleh dapatkan album tersebut di kaunter jualan di lokasi pertandingan di PDI, Paroi. 

Majlis pelancaran nanti akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan NS dan Pejabat Daerah Jempol, bertempat di Tapak Pondok Ar-Raudhah, bermula jam 3.00 petang. Tuan Pagawai Daerah Jempol diberi penghormatan untuk melancarkan album bersebut. 

Para penyumbang semua turut dijemput menghadiri majlis tersebut. Teruskan menyumbang.

Wassalam.







Terkini Pondok Ar-Raudhah: Pejabat Pertubuhan


Assalamualaikum...

Maaf jua dipinta kerana agak lama blog ini tidak dihiasi dengan entri dan berita terbaru berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Admin sendiri agak sibuk hinggakan buka FB pun tak sempat. Apapun, di entri kali ini admin masukkan gambar perkembangan terkini Pondok Ar-Raudhah.

Teruskan menyumbang...










Jumaat, 5 April 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah: April 2013



Assalamualaikum...

Sebetulnya gambar2 yang admin masukkan dalam entri ini  telahpun admin uploadkan dalam FB Pondok Ar-Raudhah. Begitupun, blog ini juga perlu diupdate dari masa ke semasa.

Terbaru, pembinaan struktur tangki air terpaksa dihentikan atas arahan Pejabat Daerah Jempol. Sebaik menerima arahan tersebut, Pengerusi bersama Mudir, Timb. Setiausaha dan pelukis pelan telah menemui pegawai berkaitan di pejabatnya bagi membincangkan berkanaan arahan larangan tersebut dan langkah2 yang boleh diambil bagi memenuhi syarat pihak Pejabat Daerah Jempol bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Perbincangan dilakukan dalam suasana harmoni. Setelah berbincang, pegawai Pejabat Daerah Jempol meminta pihak pertubuhan untuk mengesahkan pelan yang telah disediakan oleh pihak pertubuhan. Insya Allah, urusan tersebut akan diuruskan oleh pelukis pelan Pertubuhan, En. Shamsul di Seremban, Isnin nanti.

Esok, Sabtu (6.4.2013), admin akan bersama mengiringi Mudir ke Shah Alam. Mudir akan bersama Sheikh Rohimuddin Al-Bintani dalam satu program ceramah di Masjid Ubudiyah, Seksyen 19. Turut menyertai kami Ustaz Yunus, Timb. Pengerusi Pertubuhan. Insya Allah, kami berhajat untuk membuka tabung sumbangan sambil membuka jualan amal bagi menambah dana pembangunan Pondok Ar-Raudhah.

Keesokan harinya, Ahad (7.4.2013) bertempat di Tapak Pondok Ar-Raudhah pula akan diadakan Program Santapan Rohani bersama Sheikh Rohimuddin. Program akan bermula jam 3.00 petang dan berakhir dengan jamuan ringan selepas Solat Asar. Anda semua dijemput hadir. Seperti biasa, jualan amal dan tabung akan dibuka. 

Insya Allah, program seumpama ini akan diteruskan secara berkala meskipun bangunan di tapak Pondok Ar-Raudhah masuh belum siap, menggambarkan kesungguhan Pertubuhan memartabatkan majlis ilmu buat masyarakat setempat mengambil manfaat daripada kewujudannya. Selain itu, Pertubuhan juga amat serius dalam mengembalikan semula Jempol kepada fungsi asalnya satu masa dulu. Ketika itu ramai ulama dilahirkan dan pusat pengajian juga terdapat di sini. Keadaan itu dicatat pada arca yang terdapat di tepi sungai di mana Sungai Muar dan Sungai Jempol bertemu. Justeru, sumbangan berterusan daripada anda semua amat2 diperlukan bagi menjayakan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. 

Sekian buat waktu ini. 

Wassalam.