Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Selasa, 19 Februari 2013

Catatan dari Al-Jenderami



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Alhamdulillah, admin bersama keluarga diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama menyertai Program Maulidur Rasul Kubro yang diadakan di Yayasan Al-Jenderami (JAJ) baru2 ini. Bagi admin, ini adalah kali kedua admin berkunjung ke Yayasan Al-Jenderami. Bagi mengikuti Maulidur Rasul Kubro pula ini kali pertama admin bersama di YAJ.

Seperti yang admin ceritakan dalam entri sebelum ini, PERKEBAR dengan kerjasama Masjid Jamek Bahau menyediakan bas dengan sedikit bayaran. Alhamdulillah, walaupun tak betul2 penuh semua sit, kami tetap selesa untuk ke sana. Kami sampai ke sana sekitar jam 6.00 petang. Muslimat dengan pintu masuk dan ruang khas manakala muslimin pula punya ruang khas buat mereka.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk sheikh2 dan habib2 dari dalam dan luar negara. Seterusnya bacaan Ratib Al-Attas secara beramai2. Sementara menunggu waktu maghrib, 2 orang ulama diberi kesempatan menyampaikan tausiah mereka sambil diselang selikan dengan alunan qasidah.

Sebaik azan Maghrib dialunkan, admin memilih untuk berada di luar suaru YAJ. Kalau admin tak salah kira, tak kurang dari 6 atau 7 slaid LCD disediakan di ruang2 yang berbeza. Ini bagi membolehkan jemaah yang datang untuk bersama mengikuti tausiah dan qasidah yang disampaikan. Memang surau 'berkubah' di YAJ tak mampu menampung jumlah jemaah yang datang. Segenap ruang dipenuhi manusia, datang dari serata tempat. Bayangkan, hampir 20 buah bas memenuhi kawasan parking. Kereta pula memenuhi setiap ruang di YAJ. Subhanallah, ruh Islam kembali memancar...

Usai solat Maghrib, tausiah disambung sehingga masuk waktu Isyak. Menurut seorang sahabat admin yang tiba agak lewat, hingga selepas waktu Isyak pun orang ramai masih berpusu2 masuk bagi mengikuti sambutan pada kali ini. Admin masih di tampat yang sama, mudah mahu bergerak ke mana2. Kalau berada di dalam, leceh sikit kalau ada urusan. Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam. Hampir 6 orang tokoh dari dalam dan luar negara menyampaikan tausiah mereka. Masing2 menyampaikan tausiah samada dalam BM, BI mahupun BA. Meskipun agak lewat, masing2 yang kali pertama ke YAJ dan mengikuti Maulidur Rasul Kubro, pengalaman pada malam itu memberikan satu rasa yang amat berlainan.

Bas yang kami sewa tiba di Bahau jam 3.00 pagi. Alhamdulillah, semuanya selamat. YAJ setelah 20 tahun beroperasi, hari ini berjaya memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Insya Allah, akan datang Pondok Ar-Raudhah bakal menempa nama. Hakikatnya, konsep pembangunan Pondok Ar-Raudhah tak jauh bezanya dengan Yayasan Al-Jenderami. Moga Allah permudahkan dan TERUSKAN MENYUMBANG!

Admin uploadkan rakaman video yang diambil oleh Abg. Shamsul (arkitek Ar-Raudhah) buat tatapan antum. Beberapa keping gambar juga ana masukkan.

Wallahu a'lam, Wassalam.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan