Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Selasa, 30 September 2014

Ceramah Terbaru: Ibadah Qurban Satu Penjelasan


Assalamualaikum semua.

Admin doakan antum semua diberkati dan diperlihara oleh Allah sepanjang masa.

Alhamdulillah, pada 29.9.2014 (Isnin), Ceramah Bulanan pertama dalam Siri Ceramah Bulanan sepanjang bulan September - Disember anjuran Pondok Ar-Raudhah dengan kerjasama Masjid Jamek Bahau dimulakan dengan ceramah oleh Ustaz Hj. Kamil b. Hj. Sidek (CCUK). Ceramah yang membicarakan berkenaan Ibadah Qurban pada malam tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.

Insya Allah, menyusul pada bulan Oktober nanti ceramah oleh Ustaz Engku Fazil b. Engku Ali yang akan membicarakan tentang topik Mengamalkan Islam: Antara Bersungguh & Gopoh pada 14.10.2014 (Selasa). Pihak Pertubuhan mengajak semua pihak untuk hadir pada malam tersebut agar kita sama2 mendapat manfaat daripada majlis ilmu tersebut. Jangan lupa sebarkan dan jemput juga kenalan di group2 WhatsApp, Telegram mahupun kenalan di FB. Sama2 kita imarahkan majlis Ilmu di Masjid Jamek Bahau nanti.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.




Majlis Ilmu Terbaru 2014



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian.

Admin doakan kalian semua diberkati dan dilindungi Allah setiap masa.

Tidak jamu2 admin mohon maaf setiap kali blog ini dikemaskini, lantaran agak jarang admin berbuat demikian. Walaubagaimanapun, proses dan usaha pembangunan Pondok Ar-Raudhah tetap berjalan mengikut perancangan.

Untuk makluman pengunjung semua, dalam pertemuan terakhir antara AJK Pertubuhan dengan Majlis Daerah Jempol di Pejabat MDJ beberapa bulan lepas, pihak MDJ memaklumkan mereka tidak ada apa2 halangan lagi untuk memberikan kebenaran mendirikan bangunan di tapak pondok, hanya menunggu kelulusan terakhir daripada pihak TNB sahaja. Sebaik sahaja urusan kelulusan dengan TNB selesai, insya Allah kebenaran mendirikan bangunan akan diberikan oleh pihak MDJ. Sama2 kita doakan proses tersebut berakhir dengan segera.

Berbalik kepada Majlis Ilmu yang kembali dianjurkan oleh Pondok Ar-Raudhah setelah sekian lama menyepi. Insya Allah, Ceramah Bulanan bermula bulan September akan dimulakan kembali hingga hujung tahun. Bermula dengan ceramah oleh Ustas Hj. Kamil b. Hj. Sidek pada 29.9.2014, ceramah oleh Ustaz Engku Fadzil b. Engku Ali pada 14.10.14 dan ceramah oleh Ustaz Mohd. Hazri b. Hashim Al-Bindany pada 29.11.2014. Selain itu, ceramah oleh Sheikh Muhammad Awadh Al-Manqush dan Ustazah Nurhafizah Musa juga akan turut dibawakan kepada pengunjung semua.

Semoga tradisi Majlis Ilmu akan semakin bersemarak di bumi Jempol yang kita cintai ini.

Sekian dahulu buat kali ini. Teruskan menyumbang.

Wassalam.