Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Rabu, 19 Disember 2012

Logo, Letterhead dan AJK Induk



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian...

Segala puji hanya untuk Allah Taala, Penguasa Seluruh Alam. Selawat dan salam dipanjatkan buat Rasul Junjungan, ahli keluarga, sahabat2 dan penerus perjuangan di atas jalan Baginda hingga hari Kiamat.

Buat masa ini, admin kembali berada di Kelantan. Sebarang maklumat dan perkembangan terbaru hanya admin dapati daripada AJK2 yang berada di Bahau. Terkini, musim hujan menyelubungi bumi Bahau. Pastinya rahmat Allah dilimpahkan buat bumi ini, yang bakal menyaksikan sebuah pusat pengajian ilmu akan didirikan buat manfaat masyarakat setempat khasnya dan seluruh alam amnya.

Malam tadi, admin dihubungi olah Penasihat, Tn. Hj. Nasir. Beliau meminta admin menyenaraikan AJK Induk di dalam blog ini. Ia betujuan agar orang ramai lebih mengenali insan2 yang berusaha merealisasikan usaha ini. Ia juga diharap dapat meyakinkan lagi orang ramai untuk terus menyumbang tanpa rasa ragu. Diharapkan juga, insan2 ini akan dijadikan rujukan jika terdapat sebarang pertanyaan dan persoalan yang ingin diajukan.

Alhamdulillah, kerjanya tidaklah sesukar mana. Dengan izin Allah, disamping mengemaskini blog dengan memasukkan AJK Induk, admin juga berkesempatan masukkan letterhead dan logo pertubuhan. Letterhead tersebut admin tempah dengan seorang sahabat yang juga khattat di Pulau Pinang manakala logo pula ditempah dengan seorang sahabat lain, seorang khattat di Melaka.

Senarai AJK Induk, letterhead dan logo boleh dilihat di bahagian atas blog ini. Moga ada manfaatnya buat semua.

Sepertimana yang admin sebutkan, kami kini sedang mencari dana dan sumbangan untuk mengupah juru ukur bertauliah untuk mengukur tanah. Selesai mengukur tanah, kerja2 melevel/meratakan tanah akan berjalan. Ia juga memerlukan sumbang kewangan yang bukan sedikit. Admin sudahpun meletakkan jumlah (RM) yang diperlukan di sebelah tepi blog ini.

Admin merayu kepada pengunjung2 semua agar memperuntukkan sedikit daripada bonus kurniaan Allah kepada pembangunan Pondok Ar-Raudhah ini. Moga2 dengan usaha itu, Allah Taala akan murahkan rezeki anda semua. Moga sumbangan anada semua juga akan Allah kurniakan dengan pahala jariah yang berpanjangan di Akhirat kelak.

Sekian buat waktu ini. Wallahu a'lam.

Wassalam.

Jumaat, 14 Disember 2012

Gotong Royong Pondok Ar-Raudhah


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Moga anda semua senantiasa dilindungi oleh Allah Taala bersama insan tersayang,,,

Petang tadi, telah diadakan gotong royong membersihkan tapak pondok Ar-Raudhah. Alhamdulillah, ramai juga ahbab2 yang hadir. Meskipun hujan turun dengan agak lebat (tetapi sebantar) pada waktu tengah hari, cuaca amat baik pada sebelah petang.

Gotong royong kali ini lebih tertumpu untuk memotong kayu2 besar untuk dilonggokkan agar mudah untuk dibakar. Di samping itu, sebahagian ahbab yang hadir juga membersihkan anak2 pokok yang masih tertinggal meskipun eskavator selesai membersihkannya.

Dalam kebuntuan mencari tayar lama untuk dijadikan umpan, datang Saudara Shaiful (Naib SU) membawa khabar gembira. Beliau merancang untuk mendapatkan tayar2 lama daripada Kolej Komuniti Jempol tempat beliau berkhidmat. Menurut beliau, tayar2 tersebut telahpun digunakan oleh pelajar2 untuk tujuan praktikal. Jadi, selepas selesai praktikal, biasanya tayar2 tersebut akan dibuang begitu sahaja.

Setelah menunggu beberapa ketika, Saudara Shaiful datang bersama sebuah Toyota Hilux yang penuh dengan tayar terpakai. Kalau pada anggaran ana, lebih kurang 20 biji juga jumlah tayar2 tu. "Ada banyak lagi kat kolej", kata beliau. Alhamdulillah, tiap kali urusan tertangguh pasti ada yang membantu. Ahbab yang hadir terus cuba membakar tayar tersebut. Rupa2nya tidaklah terlalu susah nak bakar tayar tu. Sehinggga gotong royong berakhir, hampir 5 biji tayar dibakar. Insya Allah, kalau kayu2 ni dah betul2 kering, pasti lebih mudah kerja2 membakar tu nanti.

Ana sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan antum. Wallahu a'lam. Teruskan menyumbang...

Wassalam.


Antara yang hadir awal

Kasi longgok betul2, ada tayar nanti sekali bakar je dah terang

Praktis membakar tayar dalam timbunan kayu yang lembab

Menunggu kayu dimakan api, alamat sampai habis la tayar tu...

Sebahagian tayar sumbangan Kolej Komuniti Jempol. Baru 1st trip ni...

Khamis, 13 Disember 2012

Perjumpaan & Mesyuarat


Assalamualaikum semua...

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam dipanjatkan buat Junjungan Nabi s.a.w, ahli keluarga, sahabat2 serta pencinta Baginda hingga Hari Kiamat.

Admin diakan antum semua senantiasa dirahmati dan diberkati Allah Taala.

Semalam, telah berlangsung pertemuan antara Pengerusi & Penasihat Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) dengan Pegawai Daerah Jempol dan Ketua Polis Jempol. Pertemuan diadakan dengan tujuan memaklumkan kepada pihak2 berkenaan tentang usaha pembinaan Pondok Ar-Raudhah yang mana mereka merupakan individu yang bertanggunngjawab mengawasi dan mengambil tahu tentang perkembangan pembinaan tersebut. Disamping itu, pandangan dan pendapat daripada mereka juga amat diperlukan terutamanya apabila bangunan pondok akan mula dibangunkan nanti.

Sayangnya, admin tidak dapat bersama2 dalam pertemuan tersebut kerana ada urusan pagi semalam. Lebih sayang lagi apabila tiada sebarang gambar diambil sepanjang pertemuan tersebut.

Walaubagaimanapun, beberapa pertemuan lagi akan diadakan pada masa akan datang. Insya Allah, admin akan pastikan segalanya diabadikan dalam gambar dan dimasukkan ke blog ini.

Malam tadi pula berlangsung mesyuarat AJK PERKEBAR kali ke-4. Alhamdulillah, masing2 melahirkan rasa sukacita dengan perkembangan dan perjalanan Pondok Ar-Raudhah setakat ini. Masing2 juga turut mencadangkan pelbagai perkara untuk membantu melancarkan lagi penubuhan pondok ini. Turut hadir dalam mesyuarat pada malam tadi ialah Hj. Mohd. Noor dan Hj. Othman (abang n ayah Penasihat). Insya Allah, yang mana boleh diuashakan capat, admin dan AJK pengurusan lain akan uruskan secepat mungkin. Selebihnya akan dilakukan secara beransur2.

Seperkara lagi, Insya Allah, gotong royong akan diadakan di tapak Pondok Ar-Raudhah pada petang ini. Dijempur sesiapa sahaja yang berkesempatan untuk hadir.

Ya Allah, kami memohon kepadaMU. Kurniakan kami kekuatan dan mujahadah dalam melaksanakan urusan ini. Amin Ya Rabb...

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.

Rabu, 12 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah 12.12.2012


Assalamualaikum semua...

Moga anda semua diberkati dan dirahmati Allah sentiasa.

Meskipun hujan turun selang sehari atau hujan malam, bila didapati timbunan kayu di tapak pondok kelihatan sedikit kering, kerja bakar membakar terus bermula. Sungguhpun begitu, pembakaran agak terbatas dan cepat padam kerana ketiadaan umpan yang baik (biasanya tayar atau tiub la). Walaubagaimanapun, usaha membakar akan tetap dilakukan sedikit demi sedikit. 

Bersama2 ini admin sertakan beberapa keping gambar yang sempat admin ambil semasa kerja2 membakar dilakukan. Untuk pengetahuan, ketika entri ini ditulis, hujan sudahpun turun dengan sangat lebat. Insya Allah, kering semula nanti kita bakar lagi.

Teruskan menyumbang! Sumbangan anda amat diperlukan. Moga diterima Allah dan dibalas dengan keberuntungan yang berpanjangan. Wallahu a'lam.

Wassalam.






Selasa, 11 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah 11.12.2012


Assalamualaikum pengunjung dan penderma yang dirahmati Allah sekalian...

Hari ini berakhirlah langkah pertama dalam usaha membina Pondok Ar-Raudhah. Ia berikutan kerja2 membersihkan kawasan tapak yang sebelum ini dipenuhi dengan semak samun, belukar, pokok buah buahan dan beberapa batang pokok besar termasuk pokok enau yang tingginya mengatasi ketinggian tiang elektrik. Semuanya telah dapat ditumbang dan dikumpulkan kepada timbunan2 kecil. Dalam sedikit masa lagi, apabila telah betul2 kering timbunan itu akan dibakar sebelum kerja meratakan/melevel tanah dimulakan.

Mengikut perancangan, Pondok Ar-Raudhah bakal mempunyai 3 laluan masuk. 1 di sebelah kanan, 1 disebelah kiri dan 1 lagi di tengah2 yang akan memisahkan antara rumah tamu dengan kedai & homestay.

Untuk masa terdekat, pihak pengurusan pondok amat memerlukan dana tunai. Ini melibatkan perbelanjaan mengupah juru ukur untuk mengukur bagi kerja2 melevel tanah. Mengikut tinjauan yang telah dilakukan, upah paling murah yang boleh didapati menjangkau RM800.00. Bagi kerja2 melevel nanti, sejumlah RM2500.00 diperlukan untuk menyewa jentera khas dan lori bagi tujuan tersebut. Selepas itu, barulah bangunan dapat didirikan.

Justeru, sumbangan anda amat diperlukan. Semoga mendapat keberkatan dan balasan pahala jariah yang berpanjangan daripada Allah Taala. Admin sertakan 2 keping gambar untuk tatapan anda.

Wassalam.

 Pandangan dari sebelah kiri tapak berdekatan laluan masuk sebelah kiri

Laluan masuk sebelah tengah sedang disiapkan

Isnin, 10 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah 10.12.2012


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Admin doakan anda semua dilindungi Allah. Buat yang sudah menyumbang, hanya Allah yang mampu membalas jasa anda. Kepada yang masih belum menyumbang, ringan2kan hati dan tangan anda untuk menyumbang. Biar sedikit, biar Pondok Ar-Raudhah menjadi saksi kemurahan hati anda.

Hari ini, admin pulang awal dari kampung admin di Jelebu. Belum pun sampai ke rumah, admin singgah di rumah Penasihat Pondok Ar-Raudhah, Ustaz Hj. Md Nasir yang baru pulang dari Mesir tempohari. Seketika kami berbual2, beliau mengajak admin meninjau perkembangan kerja2 membersihkan tapak pondok.

Sampai di tapak, kelihatan eskavator dengan pemandu baru sedang menjalankan tugasnya. Ustaz Nasir terus mengajak admin mengenalpasti sempadan bahagian belakang tapak pondok. Setelah mencari beberapa ketika, menebas beberapa ketika, sempadan dengan tanah sebelah belakang dapat dikesan. Meskipun tidak sempurna, jelas kelihatan kesan2 pagar kayu lama yang masih berdiri.

Sehingga lewat petang, kerja2 membersihkan sebelah kiri tapak tanah berjaya diselesaikan. Hanya tinggal kerja melonggok kayu dan membakarnya apabila kering nanti.

Ana sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan antum. Teruskan menyumbang...

Wassalam.

Bahagian belakang yang rendah menjadi laluan air bila hujan turun

Sempadan belakang sebelah kanan

Sempadan belakang sebelah kiri (di celah2 daun)

Sempadan belakang

Us. Nasir menebas anak2 pokok bagi mengenalpasti sempadan

Pemandangan ke hadapan dari belakang

Sabtu, 8 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah 08.12.12


Assalamualaikum muslimin muslimat semua...

Ketika post ini ditulis, admin berada di Jelebu (kampung admin). Semalam, admin bekesempatan menjenguk tapak pondok lebih kurang jan 3 petang. Kelihatan eskavator tak bergerak, pemandunya juga tiada di situ. Sambil tengok2 tapak, admin telefon Abg Jo yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran kerja2 membersihkan dan melevel tanah pondok. "Rantai eskavator tu tercabut la ustaz, tak boleh berjalan", kata Abg Jo kepada admin. Allah... lagi dugaan Allah buat kami merealisasikan hasrat pembinaan pondok ini.

Abg Jo pada ana, sangat komited untuk melihat pembinaan pondok ini menjadi kenyataan. Bila berlaku masalah, beliaulah orang yang ke sana ke mari, telefon sana, telefon sini, kontek orang sana, kontek orang sini untuk menyelesaikan masalah. Kadang2 telefon admin mengadu masalah, sampai pening2 kepala mencari penyelesaian. Moga pengorbanan beliau Allah gantikan dengan ganjaran yang setimpal.

"Habis tu, macam mana ni", tanya admin. Beliau yang kebetulan berada berdekatan mengajak ana ke tapak pondok. Bersama beliau seorang lelaki berbangsa Cina. "Member se ni, mintak tolong kek diolah", katanya. Setelah diperiksa, lelaki berbangsa Cina itu menghubungi rakannya. Katanya, rakannya itu juga mengendalikan eskavator seperti ini dan tahu membaiki kerosakan tersebut.

Admin tak dapat menunggu lama, terus berjumpa dengan Abg Jo mintak izin untuk pulang. Lagipun, mak, adik n wan admin dah menunggu di rumah untuk pulang ke Jelebu setelah singgah untuk solat dan berehat. Admin pula ambil kesempatan untuk ke sekolah potong acrylic sheet untuk tempahan seorang rakan dan menjenguk tapak pondok.

Pagi ini, admin hubungi semula Abg Jo. Menurut beliau, masalah rantai eskavator semalam terlahpun selesai. Eskavator kembali berfungsi dan meneruskan kerja pagi ini. Timbul pula masalah baru, minyak hidraulik bocor pula. Setelah meminta pandangan En. Zainal (owner eskavator), katanya itu masalah kecil. Hany perlu ketatkan dan isi minyak dari masa ke semasa.

Satu lagi, bateri baru juga perlu dibeli. Ini kerana eskavator tersebut menggunakan 2 buah bateri besar yang setiap satunya berharga RM300+. Satu daripadanya telah dibeli oleh En. Zainal. Abg. Jo bercadang untuk beli sebuah lagi bateri daripada hasil sumbangan orang ramai. Lagipun, En. Zainal beritahu beliau akan ganti semula harga bateri tu nanti.

Allahu Akbar! Meskipun banyak cabaran dan dugaan sepanjang menguruskan pembinaan pondok ini, ramai juga insan yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu tak kira bangsa, tak kira agama. Justeru, bantuan dan sumbangan anda juga amat2 kami harapkan.

Sekian untuk kali ini. Moga bersua di entri yang akan datang. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Rantai eskavator yang terkeluar dari spoket

Eskavator berlatar batag kayu besar yang dialihkan


Pagar sempadan tanah masih ada untuk dijadikan panduan

Isnin, 3 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah: 04.12.2012


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Moga rahmat dan keberkatan dari Allah senantiasa bersama antum...

Alhamdulillah, admin selamat sampai ke Bahau pagi tadi jam 5.15 pagi. Terima kasih kepada En. Azlan yang sudi jemput admin bawa ke Masjid Jamek Bahau untuk solat Subuh berjamaah, bersarapan di Abah Corner dan terus hantar balik ke rumah. 

Jam 10.00 pagi admin terus meninjau perkembangan kerja2 membersihkan tapak pondok. Kebetulan Hj. Zul (jiran tanah sebelah) turut berada di situ. Ana terus ambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan dalam entri ini dan juga FB Pondok Arraudhah. Tak lama kemudian datang pula En. Johari yang turut meninjau perkembangan terkini sambil membincangkan langkah seterusnya yang bakal diambil setelah kerja2 membersihkan kawasan berakhir.

Jika diperhatikan, tanah yang berkeluasan hampir 2 ekar ini hampir selesai dibersihkan. Pada anggaran ana, 70% sudahpun bersih. Hanya tinggal untuk membersihkan sempadan sahaja yang mungkin akan memakan masa lebih kurang 2 atau 3 hari lagi. Selepas semak samun kering, ia akan dibakar. Setelah dibakar, tunggul2 yang tinggal akan dialihkan ke bahagian belakang (sempadan) untuk dijadikan benteng untuk menambak tanah bagi ditinggikan di bahagian belakang nanti.

Begitupun, kerja menambak memerlukan jentera seperti JCB. Insya Allah, surat rasmi akan dibuat untuk memohon bantuan daripada Majlis Daerah Jempol. Difahamkan Majlis Daerah Jempol mempunyai 2 buah JCB untuk menjalankan kerja2 seperti ini. Setelah kerja2 menambak dan melevel tanah selesai, barulah kerja membuat jalan dimulakan. Ini termasuklah kerja melicinkan jalan dan menambaknya dengan batu halus bagi mengelakkan keadaan becak dan menyukarkan urusan keluar masuk ke dalam kawasan tapan pondok.

Sehubungan dengan itu, sumbangan anda amat2 diperlukan bagi melicinkan kerja2 pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Moga setiap usaha dan sumbangan yang anda hulurkan dibalas oleh Allah dengan ganjaran dan keuntungan yang berlipat kali ganda, Insya Allah. 

Ana sertakan beberapa keping gambar terkini untuk tatapan antum.

Wallahu a'lam. Wassalam.

Pandangan belakang (dari tengah)

Pandangan hadapan (dari tengah)

Pandangan tengah

Bahagian belakang tapak (dekat)

Pandangan ke hadapan dari belakang

Ahad, 2 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah: 02.12.2012


Kren kembali bergerak setelah 'bercuti' beberapa hari


Assalamualaikum...

Sehingga hari ini, admin masih berada di Kelantan. Alhamdulillah, dah pun beli tiket bas untuk pulang ke Bahau bagi menyelesaikan beberapa urusan berkenaan Pondok Ar-Raudhah dan beberapa urusan lain. Insya Allah, sekembalinya ke Bahau nanti, admin bercadang untuk menguruskan berkenaan tempahan untuk memperbanyakkan flyers dan brosur bagi tujuan hebahan dan mencari dana untuk pembangunan pondok. Begitu juga dengan penyediaan surat rasmi kepada MAINS untuk tujuan kebenaran memohon dana di masjid2 sekitar NS. Admin juga bercadang untuk bersama Penasihat dan Pengerusi berjumpa dengan Sahibus Samahah Tuan Mufti NS dengan tujuan meminta persetujuan beliau untuk menjadi Penaung Pondok Ar-Raudhah.

Berkenaan tapak pondok, setelah tergendala beberapa hari akibat beberapa masalah, hari ini kembali berfungsi dan menyambung usaha membersihkan tanah. Syukran kepada Abg. Shamsul kerana mengMMSkan gambar terkini petang tadi.

Kepada muslimin/muslimat semua, sumbangan antum sentiasa diperlukan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Teruskan menyumbang kerana Allah.

Wassalam.