Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Selasa, 27 Ogos 2013

SyababurRaudhah Menyerikan Walimah Anda...



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Sekadar sedikit maklumat berkenaan Kumpulan Qasidah SyababurRaudhah yang ditubuhkan sekitar 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah, setelah 2 undangan sebelum Ramadhan dan dalam bulan Ramadhan sebelum ini, SyaburRaudhah mula dikenali. Baru2 ini, mereka memenuhi 2 undangan persembahan di majlis perkahwinan. 1 di Jelebu dan 1 lagi di Bahau.

Alhamdulillah, sambutan dari tetamu yang hadir amat baik. Mereka sememangnya tercari2 alternatif hiburan Islam yang boleh diketengahkan di majlis walimah yang mereka adakan. Di samping menghiburkan tetamu, hebahan berkenaan usaha Pertubuhan untuk menubuhkan Pondok Ar-Raudhah juga tidak dilupakan. Moga ada antara tetamu yang terbuka hatinya untuk menyumbang. Tidak dilupakan juga permintaan agar tetamu yang hadir mendoakan kejayaan SyababurRaudhah dalam UPSR nanti.

Insya Allah, untuk akan datang masih ada 2 lagi jemputan buat mereka iaitu pada 7 & 14.9.13 nanti. Sedikit masalah pada jemputan 7.9.13 itu nanti kerana mereka sudah terlalu dekat dengan peperiksaan UPSR. Admin akan berbincang dengan penjaga mereka terlebih dahulu. Untuk 14.9.13 pula admin rasa tiada masalah.

Sekian buat waktu ini. Untuk pengetahuan semua, Pertubuhan masih menunggu kelulusan pelan yang dilukis oleh arkitek yang telah dilantik untuk diluluskan oleh pihak Pejabat Daerah Jempol. Insya Allah, sebaik saja pelan diluluskan Zawiyah Ar-Raudhah akan mula dibina. Buat yang telah membantu samada dalam bentuk sumbangan, pembelian album atau barangan mahupun berwakaf, jazakallah admin ucapkan. Teruskan menyumbang untuk melihat sebuah pondok didirikan di Jempol ini.

Wassalam.


Sabtu, 10 Ogos 2013

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian...

Sekali lagi blog ini agak sudah lama tidak dikemaskini. Admin secara peribadi memohon maaf di atas kelewatang membawakan berita2 terbaru berkenaan Pertubuhan mahupun Pondok Ar-Raudhah. Terlebih dahulu izinkan admin mewakili Penasihat, Pengerusi dan Mudir serta seluruh warga Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri 1434H. Moga Allah menerima amalan kita semua.

Sedikit perkembangan berkenaan Pertubuhan. Walaupun agak sepi, Pertubuhan tetap bergerak seperti biasa. Selepas entri berkenaan jemputan SyababurRaudhah di program yang turut dikendalikan oleh konsultan dari Pondok Ar-Raudhah, pihak Pertubuhan telah didatangi oleh AJK daripada KAGUM, sebuah Pertubuhan yang mengumpulkan anak2 Negeri Sembilan lepasan Universiti seluruah Malaysia. Mereka berhasrat untuk bersama2 membantu dan bekerjasama dengan Pertubuhan dalam usaha melaksana program serta mencari dana bagi menjayakan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Insya Allah, program tersekat yang akan dianjurkan ialah Jamuan Hari Raya tidak lama lagi. Admin akan maklumkan perkembangannya dalam entri yang akan datang nanti.

Berkenaan Pondok Ar-Raudhah, alhamdulillah setelah selesai tapak pondok diserahkan kepada MAINS, pelan Zawiyah/Surau juga hampir siap dilukis oleh sebuah syarikat Jurutera Bertauliah yang telah dilantik oleh Pertubuhan. Syarikat yang beribu pejabat di Senawang ini menawarkan harga yang amat berpatutan. Insya Allah, selepas Hari Raya ini pelan tersebut akan dihantar ke Pejabat Daerah Jempol. Setelah diperakui oleh Pejabat Daerah, kerja2 pembinaan akan dimulakan. Untuk makluman semua, tapak pondok telahpun diratakan sebahagiannya dalam bulan Ramadhan sebelum ini. Ini bagi memudahkan kerja2 memasang asas Zawiyah/Surau apabila pelan telah diluluskan kelak.

Admin rasa sekian sahaja buat waktu ini. Sebarang masalah dan pertanyaan sila hubungi individu yang tertera di sebelah tepi blog ini. Buat yang telah menyumbang mahupun berwakaf dengan Pondok Ar-Raudhah, terima kasih diucapkan. Semoga Allah menerima wakaf daripada anda semua. Kepada yang berhajat untuk berwakaf mahupun menyumbang, pihak Pertubuhan amat2 mengalu2kannya.

Akhir kata, sekali lagi diucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri buat anda semua. Moga Allah menerima amalan kita semua sepanjang bulan Ramadhan yang mulia.

Wassalam.