Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Jumaat, 29 Mac 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum semua...

Gambar di atas admin ambil petang tadi. TNB sudah pun sambungkan wayar elektrik dari tiang elektrik ke suis utama di bangunan asas Pondok Ar-Raudhah. Dalam masa terdekat, meter akan dipasang dan elektrik akan mula boleh digunakan.

Disamping itu, menara tangki air di bahagian hadapan tapak pondok telah mula ditegakkan. Insya Allah, menara setinggi 20 kaki bakal dibina bagi membekalkan air kepada seluruh bangunan di Pondok Ar-Raudhah nanti. Buat masa ini, kerja2 pembinaan masih menggunakan air dan elektrik daripada rumah Hj. Zulkifli, jiran pondok. 

Siap menara dan tangki, kerja2 pembinaan zawiyah akan mula berjalan. Justeru, sumbangan daripada antum masih sangat2 diperlukan. Buat yang telah menderma, jazakumullah khairal jaza' diucapkan. Moga Allah berkati rezeki anda.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.

 Tapak menara tangki sedang dalam pembinaan

Tiang 10 kaki pertama

Arah berbeza

Rakaman Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum penderma, penyumbang dan pengunjung semua...

Bermula 27.3.2013 (Rabu) hungga 29.3.2013 (Jumaat), kumpulan qasidah bimbingan Mudir pondok, Us. Hj. Md Nasir telah menjalani proses rakaman album qasidah bagi tujuan penjanaan kewangan bagi pembinaan Pondok Ar-Raudhah. 

Proses rakaman dilakukan di Flytone Productions, Puchong. Kos pembikinan memang tak murah tapi Mudir sendiri berkeyakinan album ini akan mendapat sambutan. Tambahan pula, tenaga 'artis' rakaman yang sememangnya tak dinafikan kemerduannya, admin sendiri rasa album ini akan memberikan pulangan kepada pondok apabila dikeluarkan nanti.

Pada asalnya, 2 album yang mahu dihasilkan tetapi hanya 1 sahaja yang akan dilancarkan. Tetapi kekangan masa membuatkan hanya 1 album sahaja yang dapat dirakamkan. Begitupun, selepas mendengar rakaman awal yang telah dirakamkan, admin rasa album ini bakal meletup. Tambahan pula, proses 'editing' masih belum dilakukan. Insya Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan. Admin sendiri sempat membantu bermain perkusi kepada 4 buah lagu terawal yang dirakamkan, kebetulan salah seorang pemain perkusi agak lewat tiba pada hari pertama rakaman dijalankan. 

Apapun, nantikan keluaran album ini, pasti akan menjadi halwa telinga yang tak jemu didengar buat anda. Disamping berhibur dengan hiburan Islam, pembelian anda akan membantu penjanaan dana bagi pembinaan Pondok Ar-Raudhah.

Admin mewakili Pondok Ar-Raudhah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Us Raja Mokhlis (Bangi), Bro Akmal (Mirwana) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembikinan album qasidah ini. Admin masukkan beberapa keping gambar buat tatapan antum.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Orang kuat album Badrun Min

Penerangan daripada Bro Akmal (Mirwana)

Kenangan sebelum 'recording' di hadapan Restoran Ipoh

Rehearsal sebelum 'recording'

Bro Man Ghazal, orang kuat Flytone Productions

Mukhayyam Tarbawi Darul Hasani 1434H



Assalamualaikum semua...

Mukhayyam Tarbawi Darul Hasani telahpun berlalu hampir seminggu. Kemaafan jua dari admin, hanya sempat update FB sahaja tanpa menulis entri terbaru. Alhamdulillah, malam ini berkesempatan juga. Begitupun, entri ini akan admin penuhkan dengan gambar dan sedikit penerangan. Biarlah gambar berbicara. Insya Allah, Pondok Ar-Raudhah juga bakal dihiasi dengan program2 seperti ini satu hari nanti.

Mukhayyam turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh Kumpulan Qasidah Pondok Ar-Raudhah yang juga bakal menjalani rakaman album untuk menambah dana Pondok Ar-Raudhah. Moga dipermudahkan Allah.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Majlis Perasmian

Pengajian kitab oleh Sheikh dihadiri asatizah2 yang dahagakan ilmu

Kuliah Subuh berkitab hari pertama

Kuliah Maghrib berkitab

 Kuliah Subuh hari kedua

Kuliah Dhuha hari kedua

Majlis Penutup

Ucapan Perasmian Penutup olah Fadhilatul Habib Sheikh

Cenderahati kepada Pengarah Pusat Pemantapan Akidah

Antara kitab yang sempat ditalaqqi sepanjang mukhayyam

Rabu, 20 Mac 2013

Alhamdulillah, air dah masuk...



Assalamualaikum semua...

Untuk entri kali ini, admin hanya nak publishkan gambar paip air yang baru sahaja dimasukkan ke tapak Pondok Ar-Raudhah hari ini. Alhamdulillah, lepas wayar elektrik disambungkan kiranya lengkaplah sudah kemudahan asas di Pondok Ar-Raudhah.

Lepas ni menara tangki akan dibina. Kebetulan, paip utama ini berdekatan dengan lokasi menara tangki tersebut akan dibina.

Sama2 kita doakan perjalanan pembinaan dan pembangunan pondok ini berjalan lancar.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.


Isnin, 18 Mac 2013

IJTIMAK AHBAB DARUL HASANI NUSANTARA 1434H




Assalamualaikum pengunjung dan penderma sekalian...

Sebelum admin memulakan coretan pada entri kali ini, admin mewakili seluruh AJK Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol NS dan AJK Pengurusan & Pembangunan Pondok Ar-Raudhah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu, orang perseorangan, syarikat mahupun orang kenamaan yang telah menyumbang kepada kami. Mudah mudahan pemberian anda akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran pahala yang berpanjangan dan menjadi saksi akan kemurahan hati anda di Akhirat kelak.

Sehingga kini jumlah yang disumbangkan menjangkau RM35,000.00. Begitupun, jumlah yang digunakan juga semakin hari semakin mencapai angka tersebut, lebih2 lagi apabila tapak Zawiyah 2 tingkat akan mula dibina nanti. Justeru, sumbangan anda semua masih amat diperlukan. Mohon sampai2kan kepada rakan2, saudara mara dan jiran2 berkenaan usaha ini. Moga beroleh pahala berpanjangan daripada Allah Taala.

Dua keping gambar yang admin sertakan di atas adalah antara ulama yang bakal hadir ke Ijtimak Ahbab Darul Hasani Nusantara 1434H. Insya Allah, selain Sheikh Rohimuddin (gambar bawah), seorang lagi ulama dari luar negara akan hadir atas jemputan Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf (gambar atas) yang juga akan turut hadir.

Ijtimak yang bakal diadakan di Pusat Pemantapan Akidah, Titi, Jelebu pada 23-25.3.2013 (Sabtu-Isnin) ini akan mengumpulkan ahbab2 dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Yuran hanya RM80 termasuk makan minum dan penginapan. Sila hubungi Asrul (012-3412513) atau Azhari (019-3179722) untuk mendaftar.

Bagi admin, ini adalah kali pertama admin menghadiri ijtimak ini. Moga2 ijtimak ini akan menambah ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama dapat mendalami kaedah2 dan zikir2 yang muktabar dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Taala.

Sehingga bertemu lagi di entri yang lain. Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Sabtu, 16 Mac 2013

Terkini: Bangunan Asas 80% Siap.



Assalamualaikum...

Moga anda semua dirahmati Allah. 

Alhamdulillah, bangunan asas di tapak Pondok Ar-Raudhah hampir siap. Tujuan asal bangunan ini dibina ialah sebagai 'port' untuk dimasukkan meter elektrik sedikit masa lagi. Bolah juga dijadikan tempat berteduh. Almaklum, cuaca sekarang, kalau tengah hari memang panas. Selain tu, ia boleh dijadikan tempat berbincang sambil2 minum air selepas penat membantu tukang buat apa2 yang patut.

Satu daripada keunikan pembangunan pondok ini ialah, AJK boleh datang (jika berkelapangan) untuk membantu kerja2 pembinaan. Insya Allah, usai saja bangunan asas ini dibina, kerja2 akan beralih kepada pembinaan 'tower' untuk tangki air. 

Justeru, sumbangan berterusan daripada anda semua amat diharapkan. Moga beroleh ganjaran pahala berpanjangan daripada Allah Taala. Admin masukkan beberapa keping gambar buat tatapan anda.

Wassalam. 

Pandangan bangunan asas dari jalan utama

Plywood dan besi berlatar belakangkan bangunan asas

Bangunan asas yang hampir siap

Gambar hari sebelumnya sebelum atap dinaikkan

Khamis, 14 Mac 2013

Pembinaan sudah bermula. Terus menyumbang...



Assalamualaikum pengunjung dan penderma2 sekalian...

Moga anda sekalian diberkati Allah senantiasa...

Hari ini, barangan asas bagi pembinaan Zawiyah Ar-Raudhah telahpun sampai. Barangan seperti dalam gambar di atas sahaja kosnya hampir RM9000.00. Seperti yang dapat anda perhatikan, tiang2 yang dipacakkan adalah untuk bangunkan bangunan sementara yang akan digunakan untuk simpan barang dan masukkan bekalan elektrik ke tapak pondok. Buat masa ini, selain pengeluaran wang untuk pembelian barang asas sepertimana gambar di atas, pengeluaran untuk kerja2 pemasangan elektrik dan bekalan air juga telah dikeluarkan. Hanya menunggu pemasangan oleh pihak2 yang berkaitan.

Selepas pembinaan bangunan asas, menara untuk tangki air akan dibina. Kemudian barulah tapak Zawiyah akan dibuat. Anggaran menunjukkan, untuk menyiapkan tapak sahaja akan menelan belanja hampir RM25,000 merangkumi besi, kayu, plywood, upah korek tapak, konkrit (yg dalam lori siput tu) dan upah tukang. Siap tapak nanti barulah boleh tegakkan tiang Zawiyah. Insya Allah, admin akan cuba bawakan perkembangan terkini perjalanan pembinaan di tapak Pondok Ar-Raudhah ini nanti.

Admin mengambil peluang ini untuk merayu sumbangan daripada anda semua. Moga Allah permudahkan usaha kita semua.

Wassalam.





Sabtu, 9 Mac 2013

Majlis Pecah Tanah & Solat Hajat Pondok Zawiyah Ar-Raudhah



Assalamualaikum pengunjug dan pelawat semua...

Admin doakan antum semua dirahmati Allah senantiasa. 

Keratan akhbar di atas memberikan beberapa indikasi. Antaranya memberi maksud, Majlis Pecah Tanah & Solat Hajat sudah pun berlalu. Antara lain pula menunjukkan admin dah hampir seminggu tak update blog ni. Justeru, jutaan maaf dari admin lantaran kelewatan ini.

Berbalik kepada tajuk entri pada kali ini. Pada 3.3.2013 yang lalu, telah berlangsung Majlis Pecah Tanah & Solat Hajat Pondok Zawiyah Ar-Raudhah. Alhamdulillah, persediaan yang dilakukan telah berbalas dengan majlis tersebut berjalan dengan lancar. Meskipun pada peringkat awalnya awan mendung seolah-olah tak mampu lagi menanggung titisan hujan dari menyirami bumi Jempol, bayu yang agak kencang pada awal majlis ketika Wirid Hasani dibacakan kelihatannya telah membawa awan tersebut sedikit terkeluar dari Tapak Pondok Zawiyah Ar-Raudhah. Cuaca kembali baik hingga majlis berakhir. Syukur pada Allah.

Majlis bermula jam 2.30 petang. Syukur, VIP semuanya hadir. Daripada Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf, SS Timb. Mufti Kerajaan NS, Penasihat Utama, Ketua2 Kampung berhampiran, Nazir2 dan AJK masjid sekitar hinggalah sebahagian AJK semuanya hadir menjayakan majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan Aurad Hasani diikuti dengan Solat Hajat. Seterusnya Mudir/Pengasas Pondok Zawiyah Ar-Raudhah menyampaikan ucapan, diikuti dengan ucapan oleh SS Timb. Mufti NS, Us. Norazamir Alias dan Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf. Dalam ucapannya yang diterjemahkan oleh Mudir, Sheikh Yusuf menyatakan rasa terkejut beliau di atas jemputan ke majlis ini. Beliau seterusnya menyatakan komitmen beliau untuk membalas kejutan ini dengan membawa sahabat2 beliau yang terdiri dari ulama2 dan anak murid beliau dari luar negara untuk hadir ke Pondok Zawiyah Ar-Raudhah apabila sempurna pembinannya kelak.



Selesai ucapan, simbolik pecah tanah dilakukan oleh Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf. SS Timb. Mufti NS turut diberi penghormatan melakukan simbolik tersebut. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada tetamu utama, jamuan dan jualan barangan bagi menambah dana Pondok Zawiyah Ar-Raudhah.

Admin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya VIP2 yang berkesempatan hadir. Tak lupa juga kepada semua AJK yang bertungkus lumus membuat persiapan sehingga selesai majlis. Begitu juga dengan Tn. Hj. Zulkifli, jiran Pondok Zawiyah Ar-Raudhah yang juga AJK Pertubuhan yang sudi membenarkan penggunaan air dan elektrik daripada rumah beliau. Terima kasih juga buat saudara Ashraf yang bersengkang mata menemani ana menyiapkan bahan pameran. Tanpa izin Allah dan sumbangan serta kerjasama semua pihak, tak mungkin majlis ini dapat dijalankan dengan lancar.







Jumaat, 1 Mac 2013

Pondok Ar-Raudhah d' Kuantan


Assalamualaikum semua...

Sabtu lepas (23.02.2013) Penasihat II merangkap Mudir/Tuan Guru Pondok Ar-Raudhah, Hj. Md Nasir b. Othman telah mendapat satu jemputan ceramah di Kuantan. Beberapa orang AJK yang berkesempatan bersama mengiringi beliau telah mengambil kesempatan untuk membuat jualan amal bagi mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pondok Ar-Raudhah.

Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung semua.

Wassalam.





Persiapan Majlis Pecah Tanah & Solat Hajat Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum semua...

Admin doakan anda semua berbahagia disamping insan tersayang dan diberkati Allah selalu...

Hari ini, satu gotong royong telah dijalankan doi tapak pondok. Ini berikutan persediaan bagi Majlis Perasmian Pecah Tanah & Solat Hajat Pondok Ar-Raudhah yang akan diadakan petang esok. Antara yang akan hadir nanti ialah Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tn. Hj. Norazamir b. Alias dan Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf Al-Bakhour. Majlis akan turut dihadiri Ketua Kampung dan Nazir serta AJK masjid berhampiran. Untuk hari ini, gotong royong berjalan dengan baik dan persediaan awal telah dilakukan.

Pada masa yang sama, AJK yang hadir turut bersama2 menyaksikan proses penentuan arah kiblat untuk Zawiyah Ar-Raudhah yang telah disempurnakan oleh Pegawai dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, diketuai oleh En. Shamsul. Dengan alatan terkini, proses tersebut lebih mudah dilakukan.

Bersama2 ini  admin uploadkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Teruskan menyumbang. Sehingga kini dana terkumpul hanya mencukupi untuk membina tapak Zawiyah sahaja. Selebihnya, pihak pertubuhan amat mengalu2kan sumbangan dalam apa juga bentuk daripada anda semua. Sila berhubung dengan individu yang telah admin letakkan namanya di tepi paparan blog ini untuk sebarang pertanyaan dan urusan sumbangan. Bagi yang berhajat untuk menyumbang dalam bentuk wang ringgit, akaun pertubuhan sentiasa terbuka.

Admin mewakili Penasihat Utama, Penasihat I & II, Pengerusi serta seluruh AJK menjemput dan mempelawa anda semua untuk menghadiri majlis yang akan diadakan petang esok. Moga bertambah keberkatan majlis. Persembahan qasidah turut disediakan.

Moga usaha semua pihak akan merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sekian buat waktu ini. Wassalam.

ps: Zawiyah juga bermaksud surau, cuma fungsinya sedikit berbeza. Sekian dimaklumkan.

Semalam, JCB digunakan untuk meratakan tapak surau

Perbincangan awal tentang lokasi tapak Zawiyah

Menyambut kehadiran Peg. Bhg. Falak, Jbtn. Mufti NS

Bahagian hadapan dah siap dibersihkan

Proses penentuan kiblat dilakukan oleh En. Shamsul

Pengesahan oleh Penasihat I merangkap Mudir & Tuan Guru Pondok Ar-Raudhah

Perletakan tanda oleh salah seorang pegawai Bhg. Falak

Salah seorang AJK yang hadir gotong royong tekun memesen rumput

Gambar dari penanda belakang arah kiblat

Gambar dekat penanda arah kiblat

Timb. Pengerusi pertubuhan merangkap Pengerusi Zawiyah, Us Yunus

Pengesahan oleh Pegerusi pertubuhan

Penyediaan sijil sementara oleh En. Shamsul sebelum sijil rasmi dihantar