Kenali PERKEBAR
Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.
PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.
Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3
Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].
AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH
Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)
Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)
Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)
N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau
Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)
N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)
Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)
N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)
Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)
AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)
AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)
AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)
AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)
AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)
Tariqat Syazuli Darqawi
Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah
Raudhatul Hasani: Ya Hayati
Jumaat, 29 Mac 2013
Rakaman Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah
Mukhayyam Tarbawi Darul Hasani 1434H
Mukhayyam Tarbawi Darul Hasani telahpun berlalu hampir seminggu. Kemaafan jua dari admin, hanya sempat update FB sahaja tanpa menulis entri terbaru. Alhamdulillah, malam ini berkesempatan juga. Begitupun, entri ini akan admin penuhkan dengan gambar dan sedikit penerangan. Biarlah gambar berbicara. Insya Allah, Pondok Ar-Raudhah juga bakal dihiasi dengan program2 seperti ini satu hari nanti.
Mukhayyam turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh Kumpulan Qasidah Pondok Ar-Raudhah yang juga bakal menjalani rakaman album untuk menambah dana Pondok Ar-Raudhah. Moga dipermudahkan Allah.
Teruskan menyumbang.
Wassalam.
Rabu, 20 Mac 2013
Alhamdulillah, air dah masuk...
Isnin, 18 Mac 2013
IJTIMAK AHBAB DARUL HASANI NUSANTARA 1434H
Assalamualaikum pengunjung dan penderma sekalian...
Sebelum admin memulakan coretan pada entri kali ini, admin mewakili seluruh AJK Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol NS dan AJK Pengurusan & Pembangunan Pondok Ar-Raudhah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua individu, orang perseorangan, syarikat mahupun orang kenamaan yang telah menyumbang kepada kami. Mudah mudahan pemberian anda akan dibalas oleh Allah dengan ganjaran pahala yang berpanjangan dan menjadi saksi akan kemurahan hati anda di Akhirat kelak.
Sehingga kini jumlah yang disumbangkan menjangkau RM35,000.00. Begitupun, jumlah yang digunakan juga semakin hari semakin mencapai angka tersebut, lebih2 lagi apabila tapak Zawiyah 2 tingkat akan mula dibina nanti. Justeru, sumbangan anda semua masih amat diperlukan. Mohon sampai2kan kepada rakan2, saudara mara dan jiran2 berkenaan usaha ini. Moga beroleh pahala berpanjangan daripada Allah Taala.
Dua keping gambar yang admin sertakan di atas adalah antara ulama yang bakal hadir ke Ijtimak Ahbab Darul Hasani Nusantara 1434H. Insya Allah, selain Sheikh Rohimuddin (gambar bawah), seorang lagi ulama dari luar negara akan hadir atas jemputan Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf (gambar atas) yang juga akan turut hadir.
Ijtimak yang bakal diadakan di Pusat Pemantapan Akidah, Titi, Jelebu pada 23-25.3.2013 (Sabtu-Isnin) ini akan mengumpulkan ahbab2 dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Yuran hanya RM80 termasuk makan minum dan penginapan. Sila hubungi Asrul (012-3412513) atau Azhari (019-3179722) untuk mendaftar.
Bagi admin, ini adalah kali pertama admin menghadiri ijtimak ini. Moga2 ijtimak ini akan menambah ilmu pengetahuan dan pada masa yang sama dapat mendalami kaedah2 dan zikir2 yang muktabar dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah Taala.
Sehingga bertemu lagi di entri yang lain. Teruskan menyumbang.
Wassalam.
Sabtu, 16 Mac 2013
Terkini: Bangunan Asas 80% Siap.
Khamis, 14 Mac 2013
Pembinaan sudah bermula. Terus menyumbang...
Moga anda sekalian diberkati Allah senantiasa...
Hari ini, barangan asas bagi pembinaan Zawiyah Ar-Raudhah telahpun sampai. Barangan seperti dalam gambar di atas sahaja kosnya hampir RM9000.00. Seperti yang dapat anda perhatikan, tiang2 yang dipacakkan adalah untuk bangunkan bangunan sementara yang akan digunakan untuk simpan barang dan masukkan bekalan elektrik ke tapak pondok. Buat masa ini, selain pengeluaran wang untuk pembelian barang asas sepertimana gambar di atas, pengeluaran untuk kerja2 pemasangan elektrik dan bekalan air juga telah dikeluarkan. Hanya menunggu pemasangan oleh pihak2 yang berkaitan.
Selepas pembinaan bangunan asas, menara untuk tangki air akan dibina. Kemudian barulah tapak Zawiyah akan dibuat. Anggaran menunjukkan, untuk menyiapkan tapak sahaja akan menelan belanja hampir RM25,000 merangkumi besi, kayu, plywood, upah korek tapak, konkrit (yg dalam lori siput tu) dan upah tukang. Siap tapak nanti barulah boleh tegakkan tiang Zawiyah. Insya Allah, admin akan cuba bawakan perkembangan terkini perjalanan pembinaan di tapak Pondok Ar-Raudhah ini nanti.
Admin mengambil peluang ini untuk merayu sumbangan daripada anda semua. Moga Allah permudahkan usaha kita semua.
Wassalam.


.jpg)
