Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Jumaat, 19 April 2013

Raudhatul Hasani: Pelancaran Abum 280413



Assalamualaikum...

Malam tadi, admin sempat bersama Mudir ke Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Paroi bagi menyaksikan kumpulan qasidah Pondok Ar-Raudhah RAUDHATUL HASANI membuat persembahan. Beberapa slot diberikan kepada kumpulan ini sepanjang Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat NS berlangsung bermula hari Rabu hingga majlis penutupnya malam ini. 

Kebetulan, album kumpulan ini telahpun siap. Meskipun majlis pelancaran dijadualkan pada 28.4.2013 minggu depan, ia telahpun mula dijual. Boleh dapatkan album tersebut di kaunter jualan di lokasi pertandingan di PDI, Paroi. 

Majlis pelancaran nanti akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan NS dan Pejabat Daerah Jempol, bertempat di Tapak Pondok Ar-Raudhah, bermula jam 3.00 petang. Tuan Pagawai Daerah Jempol diberi penghormatan untuk melancarkan album bersebut. 

Para penyumbang semua turut dijemput menghadiri majlis tersebut. Teruskan menyumbang.

Wassalam.







Terkini Pondok Ar-Raudhah: Pejabat Pertubuhan


Assalamualaikum...

Maaf jua dipinta kerana agak lama blog ini tidak dihiasi dengan entri dan berita terbaru berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Admin sendiri agak sibuk hinggakan buka FB pun tak sempat. Apapun, di entri kali ini admin masukkan gambar perkembangan terkini Pondok Ar-Raudhah.

Teruskan menyumbang...










Jumaat, 5 April 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah: April 2013



Assalamualaikum...

Sebetulnya gambar2 yang admin masukkan dalam entri ini  telahpun admin uploadkan dalam FB Pondok Ar-Raudhah. Begitupun, blog ini juga perlu diupdate dari masa ke semasa.

Terbaru, pembinaan struktur tangki air terpaksa dihentikan atas arahan Pejabat Daerah Jempol. Sebaik menerima arahan tersebut, Pengerusi bersama Mudir, Timb. Setiausaha dan pelukis pelan telah menemui pegawai berkaitan di pejabatnya bagi membincangkan berkanaan arahan larangan tersebut dan langkah2 yang boleh diambil bagi memenuhi syarat pihak Pejabat Daerah Jempol bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan diteruskan.

Perbincangan dilakukan dalam suasana harmoni. Setelah berbincang, pegawai Pejabat Daerah Jempol meminta pihak pertubuhan untuk mengesahkan pelan yang telah disediakan oleh pihak pertubuhan. Insya Allah, urusan tersebut akan diuruskan oleh pelukis pelan Pertubuhan, En. Shamsul di Seremban, Isnin nanti.

Esok, Sabtu (6.4.2013), admin akan bersama mengiringi Mudir ke Shah Alam. Mudir akan bersama Sheikh Rohimuddin Al-Bintani dalam satu program ceramah di Masjid Ubudiyah, Seksyen 19. Turut menyertai kami Ustaz Yunus, Timb. Pengerusi Pertubuhan. Insya Allah, kami berhajat untuk membuka tabung sumbangan sambil membuka jualan amal bagi menambah dana pembangunan Pondok Ar-Raudhah.

Keesokan harinya, Ahad (7.4.2013) bertempat di Tapak Pondok Ar-Raudhah pula akan diadakan Program Santapan Rohani bersama Sheikh Rohimuddin. Program akan bermula jam 3.00 petang dan berakhir dengan jamuan ringan selepas Solat Asar. Anda semua dijemput hadir. Seperti biasa, jualan amal dan tabung akan dibuka. 

Insya Allah, program seumpama ini akan diteruskan secara berkala meskipun bangunan di tapak Pondok Ar-Raudhah masuh belum siap, menggambarkan kesungguhan Pertubuhan memartabatkan majlis ilmu buat masyarakat setempat mengambil manfaat daripada kewujudannya. Selain itu, Pertubuhan juga amat serius dalam mengembalikan semula Jempol kepada fungsi asalnya satu masa dulu. Ketika itu ramai ulama dilahirkan dan pusat pengajian juga terdapat di sini. Keadaan itu dicatat pada arca yang terdapat di tepi sungai di mana Sungai Muar dan Sungai Jempol bertemu. Justeru, sumbangan berterusan daripada anda semua amat2 diperlukan bagi menjayakan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. 

Sekian buat waktu ini. 

Wassalam.




Jumaat, 29 Mac 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum semua...

Gambar di atas admin ambil petang tadi. TNB sudah pun sambungkan wayar elektrik dari tiang elektrik ke suis utama di bangunan asas Pondok Ar-Raudhah. Dalam masa terdekat, meter akan dipasang dan elektrik akan mula boleh digunakan.

Disamping itu, menara tangki air di bahagian hadapan tapak pondok telah mula ditegakkan. Insya Allah, menara setinggi 20 kaki bakal dibina bagi membekalkan air kepada seluruh bangunan di Pondok Ar-Raudhah nanti. Buat masa ini, kerja2 pembinaan masih menggunakan air dan elektrik daripada rumah Hj. Zulkifli, jiran pondok. 

Siap menara dan tangki, kerja2 pembinaan zawiyah akan mula berjalan. Justeru, sumbangan daripada antum masih sangat2 diperlukan. Buat yang telah menderma, jazakumullah khairal jaza' diucapkan. Moga Allah berkati rezeki anda.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.

 Tapak menara tangki sedang dalam pembinaan

Tiang 10 kaki pertama

Arah berbeza

Rakaman Album Qasidah Pondok Ar-Raudhah



Assalamualaikum penderma, penyumbang dan pengunjung semua...

Bermula 27.3.2013 (Rabu) hungga 29.3.2013 (Jumaat), kumpulan qasidah bimbingan Mudir pondok, Us. Hj. Md Nasir telah menjalani proses rakaman album qasidah bagi tujuan penjanaan kewangan bagi pembinaan Pondok Ar-Raudhah. 

Proses rakaman dilakukan di Flytone Productions, Puchong. Kos pembikinan memang tak murah tapi Mudir sendiri berkeyakinan album ini akan mendapat sambutan. Tambahan pula, tenaga 'artis' rakaman yang sememangnya tak dinafikan kemerduannya, admin sendiri rasa album ini akan memberikan pulangan kepada pondok apabila dikeluarkan nanti.

Pada asalnya, 2 album yang mahu dihasilkan tetapi hanya 1 sahaja yang akan dilancarkan. Tetapi kekangan masa membuatkan hanya 1 album sahaja yang dapat dirakamkan. Begitupun, selepas mendengar rakaman awal yang telah dirakamkan, admin rasa album ini bakal meletup. Tambahan pula, proses 'editing' masih belum dilakukan. Insya Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan. Admin sendiri sempat membantu bermain perkusi kepada 4 buah lagu terawal yang dirakamkan, kebetulan salah seorang pemain perkusi agak lewat tiba pada hari pertama rakaman dijalankan. 

Apapun, nantikan keluaran album ini, pasti akan menjadi halwa telinga yang tak jemu didengar buat anda. Disamping berhibur dengan hiburan Islam, pembelian anda akan membantu penjanaan dana bagi pembinaan Pondok Ar-Raudhah.

Admin mewakili Pondok Ar-Raudhah mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada Us Raja Mokhlis (Bangi), Bro Akmal (Mirwana) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pembikinan album qasidah ini. Admin masukkan beberapa keping gambar buat tatapan antum.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Orang kuat album Badrun Min

Penerangan daripada Bro Akmal (Mirwana)

Kenangan sebelum 'recording' di hadapan Restoran Ipoh

Rehearsal sebelum 'recording'

Bro Man Ghazal, orang kuat Flytone Productions

Mukhayyam Tarbawi Darul Hasani 1434H



Assalamualaikum semua...

Mukhayyam Tarbawi Darul Hasani telahpun berlalu hampir seminggu. Kemaafan jua dari admin, hanya sempat update FB sahaja tanpa menulis entri terbaru. Alhamdulillah, malam ini berkesempatan juga. Begitupun, entri ini akan admin penuhkan dengan gambar dan sedikit penerangan. Biarlah gambar berbicara. Insya Allah, Pondok Ar-Raudhah juga bakal dihiasi dengan program2 seperti ini satu hari nanti.

Mukhayyam turut diserikan dengan persembahan qasidah oleh Kumpulan Qasidah Pondok Ar-Raudhah yang juga bakal menjalani rakaman album untuk menambah dana Pondok Ar-Raudhah. Moga dipermudahkan Allah.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.

Majlis Perasmian

Pengajian kitab oleh Sheikh dihadiri asatizah2 yang dahagakan ilmu

Kuliah Subuh berkitab hari pertama

Kuliah Maghrib berkitab

 Kuliah Subuh hari kedua

Kuliah Dhuha hari kedua

Majlis Penutup

Ucapan Perasmian Penutup olah Fadhilatul Habib Sheikh

Cenderahati kepada Pengarah Pusat Pemantapan Akidah

Antara kitab yang sempat ditalaqqi sepanjang mukhayyam

Rabu, 20 Mac 2013

Alhamdulillah, air dah masuk...



Assalamualaikum semua...

Untuk entri kali ini, admin hanya nak publishkan gambar paip air yang baru sahaja dimasukkan ke tapak Pondok Ar-Raudhah hari ini. Alhamdulillah, lepas wayar elektrik disambungkan kiranya lengkaplah sudah kemudahan asas di Pondok Ar-Raudhah.

Lepas ni menara tangki akan dibina. Kebetulan, paip utama ini berdekatan dengan lokasi menara tangki tersebut akan dibina.

Sama2 kita doakan perjalanan pembinaan dan pembangunan pondok ini berjalan lancar.

Teruskan menyumbang.

Wassalam.