Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Isnin, 3 Disember 2012

Pondok Ar-Raudhah: 04.12.2012


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Moga rahmat dan keberkatan dari Allah senantiasa bersama antum...

Alhamdulillah, admin selamat sampai ke Bahau pagi tadi jam 5.15 pagi. Terima kasih kepada En. Azlan yang sudi jemput admin bawa ke Masjid Jamek Bahau untuk solat Subuh berjamaah, bersarapan di Abah Corner dan terus hantar balik ke rumah. 

Jam 10.00 pagi admin terus meninjau perkembangan kerja2 membersihkan tapak pondok. Kebetulan Hj. Zul (jiran tanah sebelah) turut berada di situ. Ana terus ambil beberapa keping gambar untuk dimasukkan dalam entri ini dan juga FB Pondok Arraudhah. Tak lama kemudian datang pula En. Johari yang turut meninjau perkembangan terkini sambil membincangkan langkah seterusnya yang bakal diambil setelah kerja2 membersihkan kawasan berakhir.

Jika diperhatikan, tanah yang berkeluasan hampir 2 ekar ini hampir selesai dibersihkan. Pada anggaran ana, 70% sudahpun bersih. Hanya tinggal untuk membersihkan sempadan sahaja yang mungkin akan memakan masa lebih kurang 2 atau 3 hari lagi. Selepas semak samun kering, ia akan dibakar. Setelah dibakar, tunggul2 yang tinggal akan dialihkan ke bahagian belakang (sempadan) untuk dijadikan benteng untuk menambak tanah bagi ditinggikan di bahagian belakang nanti.

Begitupun, kerja menambak memerlukan jentera seperti JCB. Insya Allah, surat rasmi akan dibuat untuk memohon bantuan daripada Majlis Daerah Jempol. Difahamkan Majlis Daerah Jempol mempunyai 2 buah JCB untuk menjalankan kerja2 seperti ini. Setelah kerja2 menambak dan melevel tanah selesai, barulah kerja membuat jalan dimulakan. Ini termasuklah kerja melicinkan jalan dan menambaknya dengan batu halus bagi mengelakkan keadaan becak dan menyukarkan urusan keluar masuk ke dalam kawasan tapan pondok.

Sehubungan dengan itu, sumbangan anda amat2 diperlukan bagi melicinkan kerja2 pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Moga setiap usaha dan sumbangan yang anda hulurkan dibalas oleh Allah dengan ganjaran dan keuntungan yang berlipat kali ganda, Insya Allah. 

Ana sertakan beberapa keping gambar terkini untuk tatapan antum.

Wallahu a'lam. Wassalam.

Pandangan belakang (dari tengah)

Pandangan hadapan (dari tengah)

Pandangan tengah

Bahagian belakang tapak (dekat)

Pandangan ke hadapan dari belakang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan