Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Jumaat, 15 Februari 2013

PERKEBAR aka PONDOK AR-RAUDHAH d' YAYASAN AL-JENDERAMI



Assalamualaikum...

Sememangnya admin akui blog ini agak kurang diselenggara kebelakangan ini lantaran kesibukan tugas2 harian termasuk juga urusan Pondok Ar-Raudhah sendiri.

Buat masa ini, pihak pengurusan Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah (PERKEBAR) aka Pondok Ar-Raudhah sedang giat mendapatkan kebenaran dari pihak berwajib untuk mendirikan surau di tapak Pondok Ar-Raudhah. Begitu juga dengan kebenaran memungut derma daripada orang ramai, juga sedang diusahakan pada masa yang sama. 

Hakikatnya, proses tersebut bukanlah mudah. Admin bersama Pengerusi dan Penasihat sehingga kini masih berusaha memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berwajib agar kebenaran tersebut berjaya diperolehi. Naik ke Seremban pun dah beberapa kali. Begitupun, ianya pastilah melibatkan urusan status tanah, sokongan pihak2 tertentu dan perkara2 lain yang bukan dapat diselesaikan dalam tempoh yang singkat. Walaupun demikian, pihak pengurusan berusaha merealisasikan pembinaan ini mengikut prosedur yang sepatutnya.

Untuk pengetahuan semua, minggu lepas admin dilawati oleh beberapa orang pegawai daripada Jabatan Pembangunan Negeri dan Pejabat Daerah Jempol. Hadirnya mereka atas arahan untuk menyediakan laporan berkenaan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Disebabkan mereka datang dalam waktu bekerja, terpaksalah mereka hadir ke sekolah untuk bertemu dengan admin. Walaubagaimanapun, semuanya berjalan dengan baik. Sama2 kita berdoa semoga ada rezeki Pondok Ar-Raudhah kali ini.

Bercerita tentang tajuk entri pada kali ini, PERKEBAR aka Pondok Ar-Raudhah dengan kerjasama Masjid Jamek Bahau mengambil inisiatif dengan menyewa sebuah bas untuk ke sana. Sehingga kini, bilangan yang ingin bersama untuk ke sana dengan bas hampir penuh. Hanya tinggal lebih kurang 10 tempat duduk sahaja lagi untuk dipenuhi. Satu tempat duduk berharga RM25. Bas akan bertolak dari Masjid Jamek Bahau selepas Solat Zuhur. Jemaah digalakkan hadir awal dan bersama menunaikan solat Zuhur di masjid.

Admin sendiri akan ke sana menaiki bas bersama dengan keluarga. Elok juga bawa isteri dan anak2 ke majlis ilmu sebegini. Beri mereka peluang untuk biasakan diri dengan majlis ilmu. Moga ada keberkatannya.

Insya Allah, kalau berkesempatan admin akan menulis satu entri khas tentang lawatan admin dan jemaah dari Bahau ke sana nanti. Setakat ini sahaja buat kali ini. Admin masih merayu sumbangan daripada antum semua dalam usaha pihak PERKEBAR membina Pondok Ar-Raudhah. Sama2 kita doakan agar usaha tersebut dipermudahkan Allah.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan