Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Selasa, 27 Ogos 2013

SyababurRaudhah Menyerikan Walimah Anda...



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Sekadar sedikit maklumat berkenaan Kumpulan Qasidah SyababurRaudhah yang ditubuhkan sekitar 2 bulan yang lalu. Alhamdulillah, setelah 2 undangan sebelum Ramadhan dan dalam bulan Ramadhan sebelum ini, SyaburRaudhah mula dikenali. Baru2 ini, mereka memenuhi 2 undangan persembahan di majlis perkahwinan. 1 di Jelebu dan 1 lagi di Bahau.

Alhamdulillah, sambutan dari tetamu yang hadir amat baik. Mereka sememangnya tercari2 alternatif hiburan Islam yang boleh diketengahkan di majlis walimah yang mereka adakan. Di samping menghiburkan tetamu, hebahan berkenaan usaha Pertubuhan untuk menubuhkan Pondok Ar-Raudhah juga tidak dilupakan. Moga ada antara tetamu yang terbuka hatinya untuk menyumbang. Tidak dilupakan juga permintaan agar tetamu yang hadir mendoakan kejayaan SyababurRaudhah dalam UPSR nanti.

Insya Allah, untuk akan datang masih ada 2 lagi jemputan buat mereka iaitu pada 7 & 14.9.13 nanti. Sedikit masalah pada jemputan 7.9.13 itu nanti kerana mereka sudah terlalu dekat dengan peperiksaan UPSR. Admin akan berbincang dengan penjaga mereka terlebih dahulu. Untuk 14.9.13 pula admin rasa tiada masalah.

Sekian buat waktu ini. Untuk pengetahuan semua, Pertubuhan masih menunggu kelulusan pelan yang dilukis oleh arkitek yang telah dilantik untuk diluluskan oleh pihak Pejabat Daerah Jempol. Insya Allah, sebaik saja pelan diluluskan Zawiyah Ar-Raudhah akan mula dibina. Buat yang telah membantu samada dalam bentuk sumbangan, pembelian album atau barangan mahupun berwakaf, jazakallah admin ucapkan. Teruskan menyumbang untuk melihat sebuah pondok didirikan di Jempol ini.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan