Kenali PERKEBAR
Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.
PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.
Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3
Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].
AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH
Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)
Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)
Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)
N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau
Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)
N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)
Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)
N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)
Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)
AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)
AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)
AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)
AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)
AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)
Tariqat Syazuli Darqawi
Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah
Raudhatul Hasani: Ya Hayati
Khamis, 13 Disember 2012
Perjumpaan & Mesyuarat
Assalamualaikum semua...
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam dipanjatkan buat Junjungan Nabi s.a.w, ahli keluarga, sahabat2 serta pencinta Baginda hingga Hari Kiamat.
Admin diakan antum semua senantiasa dirahmati dan diberkati Allah Taala.
Semalam, telah berlangsung pertemuan antara Pengerusi & Penasihat Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) dengan Pegawai Daerah Jempol dan Ketua Polis Jempol. Pertemuan diadakan dengan tujuan memaklumkan kepada pihak2 berkenaan tentang usaha pembinaan Pondok Ar-Raudhah yang mana mereka merupakan individu yang bertanggunngjawab mengawasi dan mengambil tahu tentang perkembangan pembinaan tersebut. Disamping itu, pandangan dan pendapat daripada mereka juga amat diperlukan terutamanya apabila bangunan pondok akan mula dibangunkan nanti.
Sayangnya, admin tidak dapat bersama2 dalam pertemuan tersebut kerana ada urusan pagi semalam. Lebih sayang lagi apabila tiada sebarang gambar diambil sepanjang pertemuan tersebut.
Walaubagaimanapun, beberapa pertemuan lagi akan diadakan pada masa akan datang. Insya Allah, admin akan pastikan segalanya diabadikan dalam gambar dan dimasukkan ke blog ini.
Malam tadi pula berlangsung mesyuarat AJK PERKEBAR kali ke-4. Alhamdulillah, masing2 melahirkan rasa sukacita dengan perkembangan dan perjalanan Pondok Ar-Raudhah setakat ini. Masing2 juga turut mencadangkan pelbagai perkara untuk membantu melancarkan lagi penubuhan pondok ini. Turut hadir dalam mesyuarat pada malam tadi ialah Hj. Mohd. Noor dan Hj. Othman (abang n ayah Penasihat). Insya Allah, yang mana boleh diuashakan capat, admin dan AJK pengurusan lain akan uruskan secepat mungkin. Selebihnya akan dilakukan secara beransur2.
Seperkara lagi, Insya Allah, gotong royong akan diadakan di tapak Pondok Ar-Raudhah pada petang ini. Dijempur sesiapa sahaja yang berkesempatan untuk hadir.
Ya Allah, kami memohon kepadaMU. Kurniakan kami kekuatan dan mujahadah dalam melaksanakan urusan ini. Amin Ya Rabb...
Sekian buat waktu ini.
Wassalam.
Rabu, 12 Disember 2012
Pondok Ar-Raudhah 12.12.2012
Selasa, 11 Disember 2012
Pondok Ar-Raudhah 11.12.2012
Isnin, 10 Disember 2012
Pondok Ar-Raudhah 10.12.2012
Sabtu, 8 Disember 2012
Pondok Ar-Raudhah 08.12.12
Assalamualaikum muslimin muslimat semua...
Ketika post ini ditulis, admin berada di Jelebu (kampung admin). Semalam, admin bekesempatan menjenguk tapak pondok lebih kurang jan 3 petang. Kelihatan eskavator tak bergerak, pemandunya juga tiada di situ. Sambil tengok2 tapak, admin telefon Abg Jo yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan kelancaran kerja2 membersihkan dan melevel tanah pondok. "Rantai eskavator tu tercabut la ustaz, tak boleh berjalan", kata Abg Jo kepada admin. Allah... lagi dugaan Allah buat kami merealisasikan hasrat pembinaan pondok ini.
Abg Jo pada ana, sangat komited untuk melihat pembinaan pondok ini menjadi kenyataan. Bila berlaku masalah, beliaulah orang yang ke sana ke mari, telefon sana, telefon sini, kontek orang sana, kontek orang sini untuk menyelesaikan masalah. Kadang2 telefon admin mengadu masalah, sampai pening2 kepala mencari penyelesaian. Moga pengorbanan beliau Allah gantikan dengan ganjaran yang setimpal.
"Habis tu, macam mana ni", tanya admin. Beliau yang kebetulan berada berdekatan mengajak ana ke tapak pondok. Bersama beliau seorang lelaki berbangsa Cina. "Member se ni, mintak tolong kek diolah", katanya. Setelah diperiksa, lelaki berbangsa Cina itu menghubungi rakannya. Katanya, rakannya itu juga mengendalikan eskavator seperti ini dan tahu membaiki kerosakan tersebut.
Admin tak dapat menunggu lama, terus berjumpa dengan Abg Jo mintak izin untuk pulang. Lagipun, mak, adik n wan admin dah menunggu di rumah untuk pulang ke Jelebu setelah singgah untuk solat dan berehat. Admin pula ambil kesempatan untuk ke sekolah potong acrylic sheet untuk tempahan seorang rakan dan menjenguk tapak pondok.
Pagi ini, admin hubungi semula Abg Jo. Menurut beliau, masalah rantai eskavator semalam terlahpun selesai. Eskavator kembali berfungsi dan meneruskan kerja pagi ini. Timbul pula masalah baru, minyak hidraulik bocor pula. Setelah meminta pandangan En. Zainal (owner eskavator), katanya itu masalah kecil. Hany perlu ketatkan dan isi minyak dari masa ke semasa.
Satu lagi, bateri baru juga perlu dibeli. Ini kerana eskavator tersebut menggunakan 2 buah bateri besar yang setiap satunya berharga RM300+. Satu daripadanya telah dibeli oleh En. Zainal. Abg. Jo bercadang untuk beli sebuah lagi bateri daripada hasil sumbangan orang ramai. Lagipun, En. Zainal beritahu beliau akan ganti semula harga bateri tu nanti.
Allahu Akbar! Meskipun banyak cabaran dan dugaan sepanjang menguruskan pembinaan pondok ini, ramai juga insan yang Allah gerakkan hatinya untuk membantu tak kira bangsa, tak kira agama. Justeru, bantuan dan sumbangan anda juga amat2 kami harapkan.
Sekian untuk kali ini. Moga bersua di entri yang akan datang. Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Teruskan menyumbang.
Wassalam.
Isnin, 3 Disember 2012
Pondok Ar-Raudhah: 04.12.2012
Ahad, 2 Disember 2012
Pondok Ar-Raudhah: 02.12.2012
Sehingga hari ini, admin masih berada di Kelantan. Alhamdulillah, dah pun beli tiket bas untuk pulang ke Bahau bagi menyelesaikan beberapa urusan berkenaan Pondok Ar-Raudhah dan beberapa urusan lain. Insya Allah, sekembalinya ke Bahau nanti, admin bercadang untuk menguruskan berkenaan tempahan untuk memperbanyakkan flyers dan brosur bagi tujuan hebahan dan mencari dana untuk pembangunan pondok. Begitu juga dengan penyediaan surat rasmi kepada MAINS untuk tujuan kebenaran memohon dana di masjid2 sekitar NS. Admin juga bercadang untuk bersama Penasihat dan Pengerusi berjumpa dengan Sahibus Samahah Tuan Mufti NS dengan tujuan meminta persetujuan beliau untuk menjadi Penaung Pondok Ar-Raudhah.
Berkenaan tapak pondok, setelah tergendala beberapa hari akibat beberapa masalah, hari ini kembali berfungsi dan menyambung usaha membersihkan tanah. Syukran kepada Abg. Shamsul kerana mengMMSkan gambar terkini petang tadi.
Kepada muslimin/muslimat semua, sumbangan antum sentiasa diperlukan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Teruskan menyumbang kerana Allah.
Wassalam.



