Kenali PERKEBAR
Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.
PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.
Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).
Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3
Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].
AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH
Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)
Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)
Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)
N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau
Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)
N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)
Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)
N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)
Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)
AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)
AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)
AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)
AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)
AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)
Tariqat Syazuli Darqawi
Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah
Raudhatul Hasani: Ya Hayati
Jumaat, 1 Mac 2013
Pondok Ar-Raudhah d' Kuantan
Assalamualaikum semua...
Sabtu lepas (23.02.2013) Penasihat II merangkap Mudir/Tuan Guru Pondok Ar-Raudhah, Hj. Md Nasir b. Othman telah mendapat satu jemputan ceramah di Kuantan. Beberapa orang AJK yang berkesempatan bersama mengiringi beliau telah mengambil kesempatan untuk membuat jualan amal bagi mendapatkan dana bagi menampung perbelanjaan pengurusan dan pembangunan Pondok Ar-Raudhah.
Disertakan beberapa keping gambar untuk tatapan pengunjung semua.
Wassalam.
Persiapan Majlis Pecah Tanah & Solat Hajat Pondok Ar-Raudhah
Assalamualaikum semua...
Admin doakan anda semua berbahagia disamping insan tersayang dan diberkati Allah selalu...
Hari ini, satu gotong royong telah dijalankan doi tapak pondok. Ini berikutan persediaan bagi Majlis Perasmian Pecah Tanah & Solat Hajat Pondok Ar-Raudhah yang akan diadakan petang esok. Antara yang akan hadir nanti ialah Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tn. Hj. Norazamir b. Alias dan Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf Al-Bakhour. Majlis akan turut dihadiri Ketua Kampung dan Nazir serta AJK masjid berhampiran. Untuk hari ini, gotong royong berjalan dengan baik dan persediaan awal telah dilakukan.
Pada masa yang sama, AJK yang hadir turut bersama2 menyaksikan proses penentuan arah kiblat untuk Zawiyah Ar-Raudhah yang telah disempurnakan oleh Pegawai dari Bahagian Falak, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, diketuai oleh En. Shamsul. Dengan alatan terkini, proses tersebut lebih mudah dilakukan.
Bersama2 ini admin uploadkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Teruskan menyumbang. Sehingga kini dana terkumpul hanya mencukupi untuk membina tapak Zawiyah sahaja. Selebihnya, pihak pertubuhan amat mengalu2kan sumbangan dalam apa juga bentuk daripada anda semua. Sila berhubung dengan individu yang telah admin letakkan namanya di tepi paparan blog ini untuk sebarang pertanyaan dan urusan sumbangan. Bagi yang berhajat untuk menyumbang dalam bentuk wang ringgit, akaun pertubuhan sentiasa terbuka.
Admin mewakili Penasihat Utama, Penasihat I & II, Pengerusi serta seluruh AJK menjemput dan mempelawa anda semua untuk menghadiri majlis yang akan diadakan petang esok. Moga bertambah keberkatan majlis. Persembahan qasidah turut disediakan.
Moga usaha semua pihak akan merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sekian buat waktu ini. Wassalam.
ps: Zawiyah juga bermaksud surau, cuma fungsinya sedikit berbeza. Sekian dimaklumkan.
Rabu, 27 Februari 2013
Lantikan Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus
Assalamualaikum...
Tempohari, admin bersama Penasihat I & II serta Pengerusi telah mengunjungi YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus di rumah beliau bagi membincangkan berkenaan beberapa perkara berkaitan pembangunan Pondok Ar-Raudhah. Syukur, Dato' masih bersemangat membantu. Dato' juga telah sudi menerima pelantikan beliau sebagai Penasihat Utama setelah dipersetujui oleh Jawatankuasa tertinggi.
Moga dengan lantikan ini akan melancarkan lagi urusan Pondok Ar-Raudhah.
Wassalam.
Isnin, 25 Februari 2013
Ziarah Mahabbah ke Al-Mukammil Al-Jenderami, Sungai Ling, Maran
Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...
Terlebih dahulu admin mohon jutaan kemaafan di atas kelewatan admin menulis entri2 terbaru berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Disamping urusan2 tugas harian, ditambah pula dengan usaha AJK membuat jualan bagi menambah dana membuatkan admin yang secara tidak langsung terlibat mempunyai masa yang agak terbatas bagi mengemaskini blog ini lebih kerap. Begitupun, admin tetap berusaha memberikan anda semua maklumat terkini berkenaan pertubuhan amnya mahupun pondok khasnya.
Terbaru, beberapa orang AJK termasuk pengerusi dan Penasihat II telah menziarahi Al-Mukammil Al-Jenderami yang terletak di Sg. Ling, Maran. Pada masa yang sama AJK yang berkesempatan ke sana berharap akan mendapat gambaran umum tentang pembangunan yang dilakukan di sana.
Secara umumnya, pembangunan di Pondok Ar-Raudhah tidak jauh berbeza dengan pembangunan di Yayasan Al-Jenderami mahupun Al-Mukammil. Itulah sebabnya wakil pertubuhan telahpun sebelum ini membuat lawatan ke Yayasan Al-Jenderami dan kali ini pula ke Al-Mukammil.
Admin sertakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua.
Wassalam.
Selasa, 19 Februari 2013
Catatan dari Al-Jenderami
Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...
Alhamdulillah, admin bersama keluarga diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama menyertai Program Maulidur Rasul Kubro yang diadakan di Yayasan Al-Jenderami (JAJ) baru2 ini. Bagi admin, ini adalah kali kedua admin berkunjung ke Yayasan Al-Jenderami. Bagi mengikuti Maulidur Rasul Kubro pula ini kali pertama admin bersama di YAJ.
Seperti yang admin ceritakan dalam entri sebelum ini, PERKEBAR dengan kerjasama Masjid Jamek Bahau menyediakan bas dengan sedikit bayaran. Alhamdulillah, walaupun tak betul2 penuh semua sit, kami tetap selesa untuk ke sana. Kami sampai ke sana sekitar jam 6.00 petang. Muslimat dengan pintu masuk dan ruang khas manakala muslimin pula punya ruang khas buat mereka.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk sheikh2 dan habib2 dari dalam dan luar negara. Seterusnya bacaan Ratib Al-Attas secara beramai2. Sementara menunggu waktu maghrib, 2 orang ulama diberi kesempatan menyampaikan tausiah mereka sambil diselang selikan dengan alunan qasidah.
Sebaik azan Maghrib dialunkan, admin memilih untuk berada di luar suaru YAJ. Kalau admin tak salah kira, tak kurang dari 6 atau 7 slaid LCD disediakan di ruang2 yang berbeza. Ini bagi membolehkan jemaah yang datang untuk bersama mengikuti tausiah dan qasidah yang disampaikan. Memang surau 'berkubah' di YAJ tak mampu menampung jumlah jemaah yang datang. Segenap ruang dipenuhi manusia, datang dari serata tempat. Bayangkan, hampir 20 buah bas memenuhi kawasan parking. Kereta pula memenuhi setiap ruang di YAJ. Subhanallah, ruh Islam kembali memancar...
Usai solat Maghrib, tausiah disambung sehingga masuk waktu Isyak. Menurut seorang sahabat admin yang tiba agak lewat, hingga selepas waktu Isyak pun orang ramai masih berpusu2 masuk bagi mengikuti sambutan pada kali ini. Admin masih di tampat yang sama, mudah mahu bergerak ke mana2. Kalau berada di dalam, leceh sikit kalau ada urusan. Majlis berakhir sekitar jam 11.00 malam. Hampir 6 orang tokoh dari dalam dan luar negara menyampaikan tausiah mereka. Masing2 menyampaikan tausiah samada dalam BM, BI mahupun BA. Meskipun agak lewat, masing2 yang kali pertama ke YAJ dan mengikuti Maulidur Rasul Kubro, pengalaman pada malam itu memberikan satu rasa yang amat berlainan.
Bas yang kami sewa tiba di Bahau jam 3.00 pagi. Alhamdulillah, semuanya selamat. YAJ setelah 20 tahun beroperasi, hari ini berjaya memberikan impak yang besar kepada masyarakat. Insya Allah, akan datang Pondok Ar-Raudhah bakal menempa nama. Hakikatnya, konsep pembangunan Pondok Ar-Raudhah tak jauh bezanya dengan Yayasan Al-Jenderami. Moga Allah permudahkan dan TERUSKAN MENYUMBANG!
Admin uploadkan rakaman video yang diambil oleh Abg. Shamsul (arkitek Ar-Raudhah) buat tatapan antum. Beberapa keping gambar juga ana masukkan.
Wallahu a'lam, Wassalam.
Jumaat, 15 Februari 2013
PERKEBAR aka PONDOK AR-RAUDHAH d' YAYASAN AL-JENDERAMI
Jumaat, 1 Februari 2013
Malam CINTA RASUL bersama IM Nuri
Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...
Agak lama juga admin tak update blog ni. Bukan apa, selain hambatan tugasan hakiki, perkembangan berkenaan Pondok Ar-Raudhah yang tidak berbentuk fizikal membuatkan admin tak dapat nak menulis entri baru, sekadar update status di FB sahaja.
Walaupun begitu, pihak pengurusan ketika ini sedang giat menyelesaikan permohonan bagi mendirikan surau daripada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam NS (JHEAINS). Pada asalnya, hanya ke sana untuk minta kebenaran memohon sumbangan dan dapatkan cop bagi jualan resit derma. Rupa2nya sebelum cerita ttg sumbangan mesti ada kelulusan mendirikan surau terlebih dahulu. Biasalah, bila nak memohon perlulah disediakan pelbagai dokumen. Kini, usaha ke arah menyiapkan dokumen2 tersebut sedang diusahakan. Selesai semuanya dan isi borang, diluluskan oleh pihak JHEAINS, barulah kebenaran memungut derma diluluskan.
Berkenaan tajuk entri di atas, program tersebut diadakan pada 31.01.2013 (Khamis) baru2 ini. Alhamdulillah, kehadiran amat menggalakkan. Jemaah dari kalangan pelbagai lapisan, dari yang kanak2, golongan remaja hinggalah ibu bapa. Kasihan juga dengan IM Nuri, walaupun hampir hilang suara kerana melalui 2 sesi ceramah pada siangnya, beliau tetap bersemangat menyampaikan ceramah. Mengenali beliau dari dekat, beliau simple dan peramah, ceria juga orangnya. Amat senang berdamping dengannya. Pengalaman admin belajar di Pahang membangkitkan banyak hal untuk dibualkan. Ini kerana beliau juga berasal dari Pahang. Asal Bentong, kini menetap di Kuantan sebagai Imam II Masjid Negeri.
Insya Allah, akan datang program2 seumpama ini akan diadakan di Pondok Ar-Raudhah pula. Sama2 kita berdoa agar usaha ini dipermudahkan Allah. Justeru, admin merayu kepada pengunjung2 semua agar teruskan menyumbang. Mohon juga sampaikan kepada rakan, ahli keluarga dan kenalan yang berkemampuan untuk menyumbang. Moga2 usaha kita diterima Allah.
Sekian untuk kali ini, insya Allah entri akan datang akan menyusul tak lama lagi. Teruskan menyumbang.
Wassalam.







