Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Khamis, 3 Januari 2013

Ziarah Sahibus Samahah Timb. Mufti NS d' Pondok Ar-Raudhah


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang2 sekalian...

Alhamdulillah, pujian selayaknya hanya buat Allah Tuhan Semesta Alam, selawat dan salam kepada kekasihNYA, Baginda Muhammad, ahli keluarga, sahabat2 dan penyambung mata rantai perjuangan Baginda hingga akhir zaman.

Admin terlebih dahulu memohon jutaan kemaafan di atas kelewatan menulis entri terbaru. Sebagai guru, hambatan tugas di  awal tahun memang tak dapat dielakkan. Meskipun begitu, gambar2 terbaru telahpun admin uploadkan di FB.

Pada 29.12.2012 yang lalu, Sahibus Samahah Timbalan Mufti Kerajaan NS telah sudi melawat tapak Pondok Ar-Raudhah. Beliau yang kebetulan memenuhi undangan Masjid Jamek Bahau dalam majlis meraikan kepulangan jemaah haji daerah Jempol, telah bersetuju untuk ke sana bersama Penasihat II dan Pengerusi pada hari tersebut. Meskipun Penasihat II dan Pengerusi sudahpun membuat pertemuan dengan beliau beberapa hari sebelumnya, beliau tetap hadir bagi melihat sendiri keadaan tapak dan perkembangan terkini pembangunan Pondok Ar-Raudhah.

Penasihat II bersama Timbalan Mufti NS, Ustaz Hj. Norazamir b. Alias di pejabat beliau di Seremban ketika pertemuan membincangkan beberapa perkara berkaitan pembangunan Pondok Ar-Raudhah

Dalam lawatan beliau, Pengerusi dan Penasihat II sempat mendapatkan pandangan beliau berkenaan perancangan mendirikan surau di tapak tersebut. Beliau yang pada dasarnya bersetuju dengan usaha itu sekaligus amat menyokong dan bersedia membantu memudahkan urusan pembinaan tersebut.

Lawatan diakhiri dengan gimik perletakan batu asas oleh SS Timb. Mufti dan bacaan doa memohon keberkatan dan dipermudahkan urusan daripada Allah.

Ana uploadkan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Teruskan menyumbang. Moga sumbangan antum dibalas dengan nilaian yuang besar oleh Allah Taala.

Wassalam.

Pengerusi berbincang dengan SS Timb. Mufti NS

Penasihat II bersama SS Timb. Mufti NS

Penasihat II bersama SS Timb. Mufti NS di tapak Pondok Ar-Raudhah
 
Gimik perletakan batu asas oleh SS Timb. Mufti NS

Bacaan doa oleh SS Timb. Mufti NS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan