Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Khamis, 24 Januari 2013

Salam Mahabbah Rasulullah


Assalamualaikum pengunjung2 semua...

Terlebih dahulu admin mewakili seluruh ahli dan AJK Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) mengambil kesempatan untuk mengajak anda semua memperbanyakkan selawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja pada hari kelahirannya tetapi juga pada setiap masa di mana jua kita berada. Sesungguhnya selawat ke atas Baginda mengundang fadhilat dan kelebihan yang sangat banyak, bukan sahaja di dunia tetapi lebih2 lagi di Akhirat kelak.

Pagi tadi (24.1.2013 bersamaan 12 Rabiul Awwal 1434H) admin berkesempatan menghadiri ceramah sempena hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah diadakan di sebuah surau yang baru didirikan di Kampung Serting Ilir. Lebih mengujakan apabila Penasihat II PERKEBAR, Us. Hj. Md Nasir dijemput menyampaikan ceramah. Majlis diserikan juga dengan alunan qasidah daripada pelajar2 Maahad Ahmadi Gemencheh.

Usai ceramah, owner surau (Dato' Halim) meminta jamaah yang hadir melakukan solat hajat. Seorang sahabat beliau sedang kritikal di hospital. Beliau mohon doa agar sahabat beliau diberikan kesihatan oleh Allah. Hadirin seterusnya dipersilakan menjamu selera makan tengah hari lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Sempat juga Penasihat, Pengerusi dan Naib Pengerusi berbincang dengan Dato' Halim berkenaan pembinaan Pondok Ar-Raudhah sambil menghulurkan kertas kerja bagi memohon sumbangan daripada beliau. Majlis diakhiri dengan solat Zuhur berjamaah.

Ana sertakan beberapa keping gambar buat tatapan antum. Pihak kami sedang giat mencari dana bagi membina struktur pertama Pondok Ar-Raudhah iaitu sebuah surau dengan anggaran kos sebanyak RM600,000. Mohon tuan/puan terus menyumbang.

Wassalam.

Antara AJK yang sempat hadir

Alunan qasidah dari pelajar Maahad Ahmadi Gemencheh

 
Ruang hadapan surau Serting Ilir

Ceramah daripada Us. Hj. Md Nasir

Pengerusi, N. Pengerusi dan Penasihat bersama Dato' Halim 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan