Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Jumaat, 12 Julai 2013

Berbuka, Tarawikh, Solawat, Zikir & Tausiah bersama Sheikhna!



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Admin doakan antum semua dirahmati Allah seiring keberkatan Ramadhan Al-Mubarak.

Entri kali ini akan berkisar tentang ziarah tuan guru kami, Sheikh Yusuf Al-Bakhour ke Bahau pada 3 Ramadhan baru2 ini. Sheikh sedang rangka ziarah beliau ke Malaysia dan negara sekitarnya, bertemua sahabat2 dan anak2 murid beliau yang membawa aliran tarikat melalui beliau samada di Malaysia, Indonesia mahupun Singapura. 

Sheikh sememangnya mempunyai jadual yang padat setibanya di Malaysia. Sebaik sahaja tiba jam 3.00 petang 3 Ramadhan baru2 ini, beliau yang dipelawa oleh Mudir Pondok Ar-Raudhah untuk berbuka di Bahau terus menerima pelawaan untuk berbuka bersama ahbab di Bahau pada malam hari yang sama. Memang jelas kelihatan keletihan diwajah beliau. Perjalanan dari Mesir bukan sekejap. Begitupun, kerinduan dan kecintaan kepada anak murid serta ahbab di sini mengatasi segalanya.

Sheikh sampai ketika jemaah menunaikan solat Maghrib. Admin yang agak lewat bersiap seusai berbuka berkesempatan bersalaman dengan beliau sebelum beliau naik ke masjid. Majlis selawat tidak berjalan selepas Maghrib sepertimana biasa. Sheikh dan rombongan beliau pun masih belum makan, hanya berbuka dengan tamar dan air sahaja. Ruang waktu selepas Maghrib diisi oleh ahbab dan jemaah dengan berzikir dan membaca Al-Quran.

Majlis selawat bermula selepas solat Tarawikh, diikuti dengan tausiah daripada Sheikh denga terjemahan oleh Mudir, Tn. Hj. Nasir. Majlis berakhir lebih kurang jam 11 malam. Admin mewakili ahbab Bahau mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada Shaikhna atas kesudian menziarahi kami di sini. Tidak lupa juga buat ahbab Bangi yang mengiringi Sheikh. Terima kasih juga kepada ahbab dari Jelebu yang berkesempatan hadir pada malam tersebut.

Semoga tausiah daripada Sheikh dapat kita jadikan iktibar dalam melalui Ramadhan Al-Mubarak yang masih berbaki. Kepada yang berwakaf, sekali lagi terima kasih diucapkan. Kepada yang masih belum berkesempatan, rebutlah peluang ganjaran berlipat kali ganda di bulan yang penuh keberkatan ini untuk berwakaf dengan Pondok Ar-Raudhah.

Admin selitkan gambar album yang bakal admin poskan kepada kenalan2 admin bagi membantu penjualan album tersebut. Insya Allah, bakal admin poskan minggu depan. Kelihatan juga sebuah tabung yang admin hasilkan sendiri daripada kotak kertas A4. Nak safe budget la katakan. Insya Allah, bakal menemui anda di setiap roadshow ceramah Mudir Pondok Ar-Raudhah nanti.

Sekian buat waktu ini. Hingga bertemu lagi di enrti2 yang akan datang.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan