Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Isnin, 22 Julai 2013

Sheikh Yusuf Hadir Berziarah


Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang sekalian...

Terlebih dahulu admin mewakili team Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol NS dan team Pondok Ar-Raudhah mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Moga Ramadhan tahun ini menjadi kenangan menyaksikan amal terbaik kita daripada Ramadhan tahun2 sudah.

Alhamdulillah, selepas ziarah Sheikh Yusuf kali pertama pada minggu lepas, beliau hadir buat kali kedua pada malam Jumaat baru2 ini. Ahbab yang hadir berkesempatan berbuka, solat berjamaah, bertarawikh, berselawat, berzikir dan mendengar ceramah daripada beliau buat kali yang kedua.

Beliau yang baru sahaja pulang dari ziarah ke Indonesia dan Singapura kelihatan agak keletihan tetapi menurut beliau MAHABBAH FILLAH yang membuatkan beliau tetap hadir pada kali ini. Meskipun tiba agak lewat kerana mengambil masa untuk berehat setibanya dari Singapura, Sheikh sempat juga berbuka bersama ahbab2 lain yang berbuka di masjid.

Majlis selawat, zikir dan ceramah dimulakan selepas solat Tarawikh. Ini dilakukan agar tidak mengganggu jemaah2 lain yang hadir untuk bertarawikh di masjid ini. Admin upload beberapa keping gambar untuk tatapan antum semua.

Sedikit info berkenaan Pondok Ar-Raudhah. Tanah Pondok Ar-Raudhah milik Mudir telahpun diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Pelan surau/zawiyah pula sedang disiapkan oleh arkitek bertauliah yang telahpun dilantik baru2 ini. Alhamdulillah, dapat juga arkitek yang boleh beri harga berpatutan. Sebelum ni semuanya beri sebut harga dengan kos yang terlalu tinggi.

Insya Allah, sebaik saja pelan diluluskan, zawiyah akan dibangunkan. Kemungkinan besar rumah tetamu dan rumah Mudir (guna duit mudir sendiri) akan dibina sekaligus. Insya Allah, konsep pembinaan pula adalah gotong royong dengan bantuan pekerja kontrak berpengalaman dari Indonesia. Buat yang ingin menyumbang bahan binaan, dah boleh mula bersedia. Admin akan maklumkan apabila pembinaan bermula nanti.

Moga kita semua dirahmati Allah. Sekian buat waktu ini.

Wassalam.

Tausiah daripada Sheikh diterjemahkan oleh Mudir, turut kelihatan Ustaz Raja Mukhlis dari Bangi

Sheikh mempunyai jadual yang padat setiap kali hadir ke Malaysia
 
Bersalaman dengan Sheikh

Beberapa orang ahbab mengambil ijazah tasbih daripada Sheikh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan