Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Jumaat, 6 September 2013

Program Tautan Mahabbah Aidilfitri


Assalamualaikum...

Sebelum admin memulakan coretan, terlebih dahulu jutaan kemaafan dipohonkan di atas kegagalan admin meng'update' blog ini sekerap mungkin. Agak sibuk juga kebelakangan ini dengan tugas2 hakiki. Walaubagaimanapun, admin akan cuba juga membawakan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Pondok Ar-Raudhah buat anda semua.

Alhamdulillah, pada 30.9.13 (Sabtu) minggu lepas Program Tautan Mahabbah Aidilfitri berjaya dijalankan. Program yang dianjurkan oleh Pondok Ar-Raudhah dengan kerjasama KAGUM dan Masjid Jamek Bahau itu turut dihadiri oleh ahbab dari Madrasah Islamiah Al-Jafri Selandar yang diketuai oleh Ustaz Jamri. Turut hadir di majlis tersebut ialah Dato' Hj. Salim, Saudara Hanafi daripada KAGUM dan beberapa orang tokoh yang diraikan yang telah banyak berjasa kepada Masjid Jamek Bahau serta anak2 yatim bagi menerima sumbangan daripada Baitulmal.

Majlis dimulakan dengan bacaan Wirid Al-Hasani, diikuti dengan ucapan oleh Mudir. Seterusnya ucapan oleh Saudara Hanafi dan diikuti dengan ucapan oleh Dato' Haji Salim. Majlis kemudian telah diteruskan dengan penyampaian penghargaan kepada veteran Masjid Jamek Bahau dan anak yatim. Seterusnya Solat Asar berjamaah didirikan dan diakhiri dengan jamuan Hari Raya.

Admin mewakili Pertubuhan mengucapkan setinggi2 penghargaan kepada Dato' Haji Salim di atas kehadiran beliau. Terima kasih juga kepada para veteran Masjid Jamek Bahau yang berkesempatan hadir. Terima kasih kepada Saudara Hanafi yang hadir bersama beberapa orang rakan beliau daripada KAGUM. Buat nazir Masjid Jamek Bahau Tn. Hj. Yusof, sekalung penghargaan di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan program ini.

Admin uploadkan beberapa keping gambar buat tatapan pengunjung semua. Paling membanggakan ialah buat pertama kalinya khazanah berharga Pertubuhan dipertontonkan kepada orang ramai. 3 manuskrip berusia ribuan tahun dipamerkan kepada pengunjung yang hadir. Insya Allah, admin akan tuliskan entri khas berkenaannya. Manuskrip tersebut ialah:

1. Hadis 40 karya Imam Nawawi dengan tulisan tangan beliau sendiri.
2. Kitab tulisan tangan Tuan Tulis.
3. Qasidah Burdah tulisan tangan Imam Busiri.

Ketiga2 manuskrip tersebut dibeli oleh Pertubuhan daripada Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf yang hadir pada bulan Ramadhan yang lalu. Beliau yang sebelum itu menziarahi beberapa orang rakan di Syria apabila salah seorang daripadanya yang datang daripada sebuah keluarga berkedudukan meminta bantuan Fadhilatul Habib untuk menjual manuskrip2 tersebut kepada pihak yang boleh memanfaatkannya untuk ummah.

Sementara itu, sehari sebelum program di atas dijalankan, admin bersama Mudir dan Sdr. Shamsu Khair telah pergi ke Senawang bagi menemui arkitek lantikan Pertubuhan. Perbincangan dilakukan memandangkan terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan selepas arkitek tersebut menghantar pelan Zawiyah ke Pejabat Daerah Jempol untuk kelulusan. Insya Allah, apa yang perlu dilakukan akan cuba pihak Pertubuhan laksanakan bagi memastikan pembangunan Pondok Ar-Raudhah berada di atas landasan yang betul menurut undang2.

Moga Allah permudahkan segala urusan. Justeru doa dan sokongan serta sumbangan berterusan daripada anda semua amat2 kami harapkan. Semoga bertemu lagi di entri yang akan datang.

Wassalam.

Di hadapan dari kiri Mudir, Us. Jamri dan Sdr. Hanafi

Ruang pameran

Pameran, jualan album dan jualan wakaf

Sebahagian hadirin meneliti manuskrip yang dipamerkan

Jualan produk Ar-Raudhah

Mudir memberi penerangan ringkas berkenaan manuskrip yang dipamerkan

Selingan oleh Kumpulan Qasidah daripada Maahad Ahmadi Gemencheh

Mudir dan Sdr. Shamsu Khair bersama arkitek lantikan di pejabatnya di Senawang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan