Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Isnin, 9 Disember 2013

Ziarah Habib Umar Bin Hafidz



Assalamualaikum...

Admin sebetulnya pada awalnya tidak maklum berkenaan kehadiran ulama besar ini sehinggalah diberitahu oleh seorang sahabat admin. Beliau selain memaklumkan turut WhatsAppkan jadual ziarah Habib di Malaysia pada kali ini.

Rupa2nya selain jadual yang disusun, masih terdapat program khas bersama beliau di sebuah hotel di KL. Pertemuan dilakukan antara Habib dengan ulama2 di Malaysia yang berkesempatan hadir untuk berada dalam majlis perbincangan & soal jawab bersama beliau. Mudir turut bersama dalam program tersebut.

Program yang dinamakan Muwasolah Baina Ulama' Muslimin diadakan di Hotel Putra. Walaubagaimanapun, Habib terpaksa bulang awal ke Jeddah pada 7.12.13 kerana mendapat berita bapa saudara beliau baru sahaja meninggal dunia. Beliau memutuskan untuk terus pulang berziarah.

Jadi, Habib tidak dapat bersama dalam Program Malaysia Berselawat yang diadakan di Stadium Hoki Bukit Jalil. Turut Habib tidak dapat bersama ialah dalam program Kuantan Berselawat yang diadakan di Masjid Negeri, Kuantan.

Semoga Allah kurniakan kita kecintaan terhadap generasi Rasulullah dan lain2 ulama' seperti Habib Umar. Admin sertakan beberapa keping gambar lagi yang sempat diambil oleh Mudir.

Semoga bertemu lagi dalam entri yang akan datang.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan