Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...
Terlebih dahulu, buat kesekian kalinya admin mohon maaf atas kelewatan memberikan maklumat terbaru mengenai Pondok Ar-Raudhah mahupun perkara2 berkaitan dengannya.
Sedikit maklumat berkenaan Pondok Ar-Raudhah. AJK dalam usaha mandapatkan khidmat jentera untuk melevel atau meratakan tanah dari hadapan ke belakang tapak pondok. Ini perlu dilakukan memandangkan aras tanah yang terlalu rendah di belakang berbanding ketinggian di bahagian depan. Baru2 ini juga, Mudir telah mendapat jaminan daripada seorang staf DO bahawa kebenaran membina bangunan di tapak Pondok akan diperolehi sebelum tahun hadapan. Justeru, sumbangan berterusan amat diharapkan daripada anda semua.
Kembali ke tajuk entri pada kali ini. Pada 26-28.11.13 yang lalu, Sheikh membuat telah menziarahi negeri Kelantan. Ini adalah ziarah Sheikh kali ke-2 selepas ke sana pada 2003 yang lalu. Disamping ke sana untuk bertemu dengan anak2 murid (Sheikh sangat sayangkan anak2 murid) yang bertugas, berasal mahupun berdakwah, Sheikh turut merancang untuk menziarahi ulama2 serta berdakwah di mana ada kesempatan.
Sheikh ke Kelantan ditemani oleh Mudir dan anak lelakinya, Khusyairi dan seorang ahbab dari Bangi yang berkhidmat untuk Sheikh (En. Syed Nasir). Dengan takdir Allah, rancangan untuk ke Kelantan pada hari Isnin terpaksa ditunda ke hari Selasa kerana kesilapan tempahan tiket. Admin yang telahpun berada di Kelantan kerana pulang bercuti di rumah ibu mertua turut merancang untuk mengambil peluang bersama2 Sheikh dalam siri ziarah beliau pada kali ini.
Sheikh menginap di sebuah banglo di Kg. Chicha berhampiran Pekan Pasir Putih. Selain Mudir, anaknya dan Syed Nasir, beliau turut ditemani oleh beberapa orang anak muridnya yang berasal dari Kelantan di banglo tersebut. Ziarah hari pertama Sheikh di Kelantan bermula dengan menziarahi makam Tn. Guru Hj. Lah di Pondok Lubuk Tapah. 10 tahun lepas Sheikh sempat bersua muka dengan allahyarham.
Pada sebelah malamnya, Sheikh dijemput untuk menyampaikan ceramah di masjid pondok yang sama. Admin turut bersama pada malam tersebut. Walaubagaimanapun, kerana lewat sampai ke sana admin hanya duduk di ruang legar masjid. Begitupun, ceramah Sheikh dan terjemahan oleh anak murid beliau yang berasal dari Kelantan dalam loghat Klate dapat admin ikuti.
Usai ceramah, admin turut dijemput bersama makan malam bersama anak murid Sheikh, ahbab2 terdekat dan ahli keluarga allahyarham Tn. Guru Hj. Lah. Kemudian, Sheikh mohon untuk berbicara dengan muslimat sebelum bergambar dan bertolak pulang ke banglo.
Pada hari Rabu, admin berazam untuk bersama2 Sheikh dalam jadual ziarah beliau. Admin sampai awal ke banglo kediaman Sheikh. Sambil sebahagian ahbab menyediakan sarapan, Sheikh masih sempat menyambung pengajian dengan anak2 muridnya berkenaan buku terbaru Sheikh berkenaan Syiah. Seorang membaca sambil yang lain menyemak sambil Sheikh memberi penerangan berkenaan isu2 tertentu dalam buku tersebut. Apabila sarapan siap, kami semua menghadap sarapan bersama2 Sheikh. Sambil bersarapan, Sheikh masih mengajak kami berbual berkenaan isu agama. Biasanya Sheikh bertanya berkenaan sesuatu sambil meminta respon dan jawapan daripada anak murid beliau sebelum Sheikh memberikan jawapan sebenar menurut Al-Quran dan Hadis. Indahnya hidup bersama ulama', tak terganggu dengan dunia...
Mengikut jadual, Sheikh akan menziarahi Tn. Guru Nik Abdul Aziz b. Nik Mat, mantan MB Kelantan. Walaubagaimanapun, jadual itu terpaksa ditangguhkan kerana Tn. Guru uzur. Kami terus pulang ke rumah tumpangan dan menyambung pengajian bersama Sheikh hingga waktu Zuhur hampir tiba. Mendekati waktu Zuhur, kami bergerak ke Masjid Riadhatul Mu'minin di Selising. Sebuah masjid di mana salah seorang anak murid Sheikh gunakan untuk berdakwah. Selepas Solat Zuhur berjamaah, Sheikh menyampaikan ceramah kepada jemaah yang hadir. Selesai menyampaikan ceramah, Sheikh dijemput ke rumah anak murid beliau berdekatan masjid untuk makan tengah hari. Sebelum makan, tetamu yang hadir dihidangkan dengan alunan qasidah. Seterusnya, Sheikh melantik 2 orang murid beliau sebagai wakil beliau di Kelantan sambil berpesan tentang adab2 beramal dengan tarikat Syazuli Darqawi di hadapan masyarakat umum.
Daripada rumah tersebut, admin terpaksa memohon daripada Sheikh untuk pulang kerana admin akan berangkat pulang ke Bahau pada keesokan harinya. Sheikh pula akan terus ke Masjid Dewan Beta untuk solat Maghrib dan ceramah di sana. Pada keesokannya (28.11.13), Sheikh akan menziarahi pusara salah seorang muridnya sebelum menaiki penerbangan ke Pulau Pinang. Zaujah beliau telahpun berada di sana untuk sesi ilmu bersama muslimat2 di sana.
Setelah beberapa hari di Pulau Pinang bersama anak murid dan ahbab2 di sana, Sheikh kembali ke Markas Darul Hasani di Bangi sebelum berangkat pulang ke Lubnan bersama zaujah beliau pada 3.12.13. Ziarah beliau ke Malaysia hampir sebulan pastinya meninggalkan kenangan ilmiah buat murid dan ahbab2 beliau dalam usaha mentaati perintah Allah dan RasulNYA.
Admin upload beberapa keping lagi gambar Sheikh dalam rangka ziarah beliau ke Malaysia.
Wassalam.
Ziarah ke Pulau Besar
Jaulah ke Cameron Highland
Jalan2, urut badan. Hehehe...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan