Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Khamis, 3 Oktober 2013

Kenali Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf Muhyiddien Al-Bakhour Al-Hasani



KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN

Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.

TARBIAH KESUFIAN

Beliau mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah. Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid ‘am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a.. Sheikhuna Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikhuna Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin sebagai seorang mursyid. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai’ah tabarruk dari Sheikh Sa’duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa’duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah. Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai’ah tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikhuna Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikhuna Yusuf. Di samping itu juga, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai’ah tarikat daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:
1. Sheikh Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah juga)
2. Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah)
3. Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah)
4. Sheikh Muhammad Na’im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah)
5. Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah)
6. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.

AKTIVITI-AKTIVITI

*Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
*Pensyarah di Universiti Islam Lubnan.
*Ahli JawatanKuasa Majlis Fatwa Lubnan.
*Anggota Majlis Ulama’ di Syria.
*Seorang pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan AsiaTenggara).
*Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada.
*Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
*Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.
*Penasihat Kehormat Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia
Pendidikan
*Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M
*Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakulti Syariah Islam di Universiti Islam Syria 1974 M
*Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional pada Fakulti Syari’ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M
Jawatan 

*Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 – 1982 M
*Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M
*Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto, di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M
Jawatan-jawatan lain

*Terpilih sebagai da’i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.
*Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.
*Pensyarah Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar.
*Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universiti Al Razi Malaysia.
*Da’i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Japan dan lain-lain.
*Pimpinan Umum Persatuan Da’i Tasawuf internasional.
Lain-lain

*Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain, serta pemikiran Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan