Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Isnin, 30 September 2013

Ceramah Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf di Ampangan



Assalamualaikum semua...

Pada hari Sabtu (28.9.13) baru2 ini, Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf telah diundang untuk menyampaikan ceramah di Ampangan, Seremban. Lokasi ceramah ialah di Surau Besar Gedong Lalang. Alhamdulillah, penuh surau tersebut pada malam tu. Sheikh telah menyampaikan ceramah berkisar tentang buku terbaru beliau berkenaan Syiah.

Ceramah dipengerusikan oleh Us. Syuhadak dan diterjemahkan oleh Mudir Pondok Ar-Raudhah, Tn. Hj. Md Nasir. Ceramah bermula pada jam 7.40 dan berakhir sekitar jam 9.30 malam. Meskipun hanya beberapa point penting sahaja disentuh oleh Sheikh membuatkan hadirin yang hadir tertunggu2 buku terbaru Sheikh yang bakal dicetak kelak. Buku tersebut akan turut diterjenahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh beberapa orang anak murid Sheikh di Malaysia, termasuk Mudir.

Ceramah turut diserikan dengan alunan Qasidah daripada kumpulan Ulwan. Selesai membicarakan berkenaan buku beliau, sesi soal jawab dimulakan. Beberapa orang hadirin bertanya dalan Bahasa Inggeris, Sheikh tiada masalah menjawabnya memandangkan Sheikh sebelum ini agak lama bermastautin di Kanada. 

Usai solat Isyak, Sheikh diminta mentahnik 2 orang bayi. Seperti biasa, Sheikh tidak menolak. Dengan sedikit urutan, Sheikh kemudiannya menyuapkan mulut bayi tersebut dengan tamar seterusnya mendoakan mereka. Di perkarangan surau, beberapa gerai jualan menanti antaranya gerai jualan Pondok Ar-Raudhah. Sheikh sendiri meminta gambar beliau diambil di gerai tersebut. 

Minggu depan, 2 lagi program menanti. Nantikan maklumat berkenaan dengan program tersebut di FB Pondok Ar-Raudhah. Ayuh ambil kesempatan untuk menimba ilmu daripada Sheikh sementara beliau masih di tanah air.

Sekian. Wassalam.

Ruang dalam surau dipenuhi jemaah 

Di hadapan Sheikh bersama Mudir dan Us Syuhadak

Sesekali Sheikh berdiri bagi menerangkan sesuatu

Sheikh mentahnik 

Bersama Sheikh di gerai Pondok Ar-Raudhah


Tiada ulasan:

Catat Ulasan