Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Khamis, 19 September 2013

Terkini Pondok Ar-Raudhah 190913



Assalamualaikum pengunjung dan penyumbang semua...

Admin doakan antum semua senantiasa diberkati Allah hendaknya.

Sedikit perkembangan terkini mengenai perkembangunan pembangunan Pondok Ar-Raudhah. Selain lantikan jurutera bertauliah untuk melukis pelan, pihak Pertubuhan juga dikehendaki melantik konsultan Perancang Bandar. Alhamdulillah, Perancang Bandar telah dilantik dengan bantuan jurutera bertauliah. Seterusnya, pihak Pertubuhan perlu menyediakan data berkenaan aras (level) tapak pondok Ar-Raudhah. Ia dilakukan dengan melantik juru ukur untuk membuat kerja2 mengukur aras tapak tersebut. 

Alhamdulillah, dengan usaha salah seorang AJK, seorang juru ukur telah dapat dihubungi dan perbincangan telah dilakukan. Hasilnya, juru ukur tersebut yang berasal dari Melaka akan datang bagi membuat kerja2 mengukur pada pagi Sabtu hujung minggu ini. Walaubagaimanapun, sebelum kerja2 mengukur dibuat, pihak Pertubuhan diminta untuk mencari bacaan BP di sekurang2nya 2 lokasi berhampiran tapak pondok. 

Petang tadi, admin diajak untuk bersama2 dengan Sdr. Shamsu Khair untuk mencari bacaan BP tersebut. Rupa2nya bacaan BP itu boleh didapati di 'batu simen' yang biasanya dapat kita lihat di tepi2 jalan raya utama di seluruh negara. Terasa jahilnya diri. Selalunya, tiada siapa yang ambil peduli tentang batu simen yang terletak di tepi jalan. Berbeza dengan juru ukur, batu simen tersebut amat penting bagi mendapatkan data daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia sebelum mereka memulakan kerja2 mengukur sesuatu tapak.

Kami mencari batu tersebut hanya 15 minit. Kebetulan, dah lewat petang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan bacaan telahpun dihanter kepada juru ukur untuk tindakan sebelum mereka datang membuat kerja2 mengukur pagi Sabtu ini. Moga Allah permudahkan.

Alhamdulillah, pihak kami masih dari masa ke semasa menerima sumbangan dan wakaf daripada orang ramai. Kepada yang masih belum menerima sijil wakaf, admin harapa antum bersabar. Insya Allah, buat penyumbang yang tinggal berdekatan, sijil akan admin serahkan secepat mungkin. Buat pewakaf yang tinggal di luar Negeri Sembilan, sijil tersebut berserta resit rasmi akan admin poskan dalam masa terdekat.

Terbaru, Pertubuhan telah menerima sumbangan daripada seorang individu berjumlah RM100,000.00. Meskipun rata2 AJK agak terkejut dengan sumbangan sebanyak itu, azam kami untuk menjadikan Pondok Ar-Raudhah ini satu kenyataan semakin berkobar2. Walaubagaimanapun, jumlah tersebut masih tidak mencukupi jika dibandingkan dengan jumlah sebenar yang Pertubuhan perlukan bagi pembinaan lengkap Pondok Ar-Raudhah. Bagi kerja2 awal termasuk bayaran arkitek bertauliah, Perancang Bandar, juru ukur dan pembangunan tapak serta asas bangunan di tapak pondok Ar-Raudhah, sumbangan tersebut amat2 membantu. 

Admin mewakili Mudir dan semua AJK mengucapkan terima kasih kepada penyumbang tersebut. Moga Allah membalas amal beliau dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Tidak lupa juga kepada pewakaf2 yang terus meyakini Pertubuhan untuk merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah, jakallahu khairal jaza' admin ucapkan. Teruskan menyumbang!

Wassalam.

\
Sdr. Shamsu Khair mencatat bacaan BM di salah satu lokasi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan