Kenali PERKEBAR


KENALI PERKEBAR & PONDOK AR-RAUDHAH

Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan (PERKEBAR) adalah sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Ia telah diluluskan pada 19.10.2012 dengan nombor pendaftaran PPM-005-05-19102012.

Cetusan penubuhan pertubuhan ini bermula apabila Pengasas merangkap Mudir, Tn. Hj. Nasir b. Othman yang juga Imam 1 Masjid Jamek Bahau merasakan bahawa sebuah pondok perlu didirikan di kawasan Jempol.

PERKEBAR ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kebajikan dan dalam masa yang sama menganjurkan program berbentuk keagamaan bagi memantapkan nilai agama Islam dalam diri ahli khasnya dan masyarakat setempat amnya.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, sebuah pondok akan dibangunkan dengan nama Pondok Ar-Raudhah. Ia dibina dengan tujuan untuk membina sebuah pusat pengajian agama secara tidak formal kepada masyarakat Islam setempat. Ia juga bakal berperanan sebagai pusat pentarbiyahan jiwa untuk mendekatan diri kepada Allah dengan jalan tarekat yang berdaftar dengan Jabatan Mufti NS di bawah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah. Di samping itu, ia juga diharap akan dapat menjadi tempat penjagaan warga emas yang ingin beribadat dan beramal serta anak yatim yang memerlukan tempat perlindungan.

Bagi menunjukkan kesungguhan kami, Mudir telah mewakafkan tanah beliau (tapak Pondok Ar-Raudhah) kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Pihak pengurusan ketika ini sedang giat mendapatkan sumber kewangan bagi merealisasikan pembinaan Pondok Ar-Raudhah. Sumbangan anda amat dialu-alukan. Sila salurkan ke akaun atas nama Pertubuhan Kebajikan Ar-Raudhah Jempol Negeri Sembilan bernombor 555032518240 (Maybank). Kebenaran memohon sumbangan juga telah pihak kami perolehi daripada pihak JHEAINS dengan nombor rujukan surat: Bil.(56)dlm. PANS.198(09)389/3Jld.3

Info berkenaan Pondok Ar-Raudhah juga boleh didapati di FB. [cari: Pondok Arraudhah].


AHLI JAWATANKUASA INDUK PEMBANGUNAN & PENGURUSAN PONDOK AR-RAUDHAH

Penasihat Utama: YBhg. Dato' Hj. Mohd. Khalid b. Mohd. Yunus

Penasihat I: Tn. Hj. Othman b. Ismail (Imam Masjid Kg. Lonek, Bahau, N. Sembilan)

Mudir/Pengasas: Tn. Hj. Md Nasir b. Othman (Imam Masjid Jamek Bahau, N. Sembilan)

Pengerusi: En. Fisal b. Johar (Bendahari Masjid Jamek Bahau)

N. Pengerusi: En. Mohd. Yunus b. Ahmad (Guru Pendidikan Islam, SMK Bahau

Setiausaha: En. Hakimi b. Md Said (Guru j-QAF Bahasa Arab, SK Tunku Muda Serting)

N. Setiausaha: En. Shaiful Baharin b. Mazlan (Pensyarah Kolej Komuniti Jempol, Bahau, N. Sembilan)

Bendahari: En. Ismail b. Hussain (Pegawai j-QAF, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu)

N. Bendahari: Tn. Hj. Rahman b. Yaakop (Mantan Pegawai FELDA)

Juruaudit: En. Lokman b. Othman (Pegawai Bank)

AJK Kehormat I: Prof Madya Hj. Mohammad Noor b. Hj. Othman (Ketua Pusat Pengajian Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi UITM Melaka)

AJK Kehormat II: En. Abd. Rasyid b. Ramli (Pengarah Kanan, Jabatan Penggubalan Undang-Undang, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia)

AJK Kehormat III: En. Mansor b. Ujang (Ketua Kampung Jambu 8, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat IV: En. Urusli b. Alias (Ketua Kampung Kuala Jempol, Bahau, N. Sembilan)

AJK Kehormat V: Pn. Norhayati bt. Hj. Musa (Pen. Peg. Hal Ehwal Islam, JHEAINS)


Tariqat Syazuli Darqawi

Tariqat Syazuli Darqawi

Raudhatul Hasani, Kump. Qasidah Pondok Ar-Raudhah

Raudhatul Hasani: Ya Hayati

Khamis, 19 September 2013

Ziarah Terbaru Sheikh Yusuf



Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah, hari ini (19.09.1013) sekali lagi ahbab2 di Bahau dikejutkan dengan kehadiran dan ziarah Fadhilatul Habib Sheikh Yusuf Al-Hasani. Meskipun baru sahaja sampai ke Malaysia pada jam 3.30 petang tadi dari Lubnan, Sheikh amat bersemangat untuk bersama2 dengan anak2 murid beliau di Bahau. 

Insya Allah, sheikh akan bertolak ke Indonesia esok. Jadi, berkebetulan dengan majlis selawat yang setiap minggu diadakan pada malam Jumaat di Masjid Jamek Bahau, beliau yang dihubungi oleh Mudir tidak berfikir panjang memutuskan untuk hadir. Menurut Sheikh, selepas ziarah terakhir beliau pada bulan Ramadhan yang lalu, beliau terus pulang ke Lubnan sedangkan anak2 beliau yang berada di Kanada meminta untuk beliau ke sana bagi bertemu dengan beliau. Setiap kali beliau dihubungi oleh anak2nya, alasan beliau ialah beliau kurang sihat dan meminta anak2nya balik ke Lubnan untuk bertemu dengan beliau.

Yang menimbulkan kemusykilan dihati anak2 beliau ialah ketika diminta ke Kanada, pelbagai alasan diberikan. Sebaliknya bila dihubungi oleh anak2 murid beliau untuk hadir berziarah ke Malaysia mahupun Indonesia dan Singapura, Sheikh tanpa berfikir panjang membuat keputusan untuk berziarah. Setelah didesak oleh anak2nya Sheikh menjawab beliau ke sini atas dasar cintakan ukhuwah dan rasa kewajipan menyampaikan ilmu kepada anak2 murid yang memerlukan bimbingan daripada beliau.

Beliau turut berkongsi cerita tentang peluang yang beliau perolehi untuk ke Mekah bagi menunaikan haji (badal) bersama keluarga yang ditaja oleh seseorang. Pada masa yang sama anak2 murid beliau menjemput beliau berziarah di sini. Sheikh mengambil keputusan untuk beristikharah. Selang beberapa ketika beliau mendapat bisikan yang mengatakan "menyampaikan ilmu lebih berharga daripada nilai 100 kali haji ke Mekah". Jadi, beliau membuat keputusan untuk ke sini. Lagipun, siapa saja boleh membuat badal haji untuk penaja yang berhajat untuk menaja beliau.

Tausiah Sheikh pada malam ini berkisar tentang sebuah buku yang baru sahaja selesai beliau tulis. Buku tersebut menurut Sheikh berkenaan menolak hujah pihak yang menyakiti Rasulullah mahupun Ahlul Bait, lebih tepat lagi tentang Syiah. Buku tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada mufti Lubnan dan akan diterjemahkan ke BM, BI dan B. Perancis. Insya Allah, akan berada di pasaran nanti.

Buku tersebut turut mengupas berkenaan sejauh mana Imam 4 Mazhab mencintai Ahlul Bait. Turut dimuatkan 10 perbezaan antara aktikad Sunni dan Syiah.

Admin mewakili Mudir dan seluruh AJK Pertubuhan mengucapkan terima kasih kepada ahbab yang sempat hadir termasuk ahbab dari Bangi dan Jelebu. Moga pertemuan dengan Sheikh pada kali ini akan memberi kesan positif dalam usaha kita mendekatkan diri dengan Allah Taala.

Sekian buat waktu ini.

Wassalam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan